Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 7, 2011

Logik ke tak???

Alkisahnya kelmarin 6 Februari 2011, sebuah kereta yang dinaiki 3 orang bertolak pukul 1 tengahari ke Shah Alam dari Machang, Kelantan.  Perjalanan dari Machang ke Shah Alam hanyalah lebih kurang 6jam sahaja...kalau pecut ala ala evo drift, mungkin menjadi 5 jam atau kalau kontrol macho mungkinlah 7 jam...Kebiasaannya menjelang maghrib atau pukul 9 sudah sampailah mereka di Shah Alam.  Pada pukul 10 malam, hamba Allah menelefon bertanya khabar kat mana dah la ni???Jawapannya baru kat Raub...Heh...pukul 10 malam baru berada di Raub....sengihlah sahaja...dan pukul 10 pagi tadi menelefon juga bertanya khabar dan katanya pukul 3 pagi tadi baru sampai Shah Alam....hmmm....15 jam perjalanan ke Shah Alam....memang teruk sangat jam katanya...tidak terbilang dengan kilang roti yang ada....Dengar khabarnya sehinggalah pagi tadi masih lagi ada saki baki kereta yang tinggal yang menghala ke Kuala Lumpur atau sekitar dari Kelantan...memang biasa kalau musim cuti, Kelantan akan full garden.. akan penuh dengan pelawat atau mereka yang memang balik ke kampung....Sekali fikir atau jika tidak biasa memang tidak logik..tetapi bagi yang sudah biasa...logik.....

2 comments:

  1. dah lumrah perjalanan sepanjang musim cuti..kadang-kala yang tak logik menjadi logik akhirnya

    ReplyDelete
  2. betul la..kuat jem...setiap kali cuti jadi perkara serupa....

    ReplyDelete