Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 2, 2011

Mesir yang bergolak....

Di mana hendak bermula...susah untuk menyusun kata-kata...Membaca, melihat keadaan disana yang sungguh genting...Memang ramai rakyat kita disana.  Sebagai ibu saya merasa kebimbangan kebanyakkan ibu bapa yang mana anak mereka berada di Mesir.  Telekomunikasi diputuskan dan banyak yang dirosakkan termasuk lapangan terbang.  Banduan lari dari penjara dan perhimpunan sejuta rakyat untuk menggesa Hosni Mubarak meletakkan jawatan.  Tetapi dengan angkuh beliau mengatakan hanya akan meletakkan jawatan pada September ini.. Iya, beliau berani kerana di belakang beliau adalah AS dan Israel.  Jika benar beliau akan berundur pada September nanti bermakna harga pengunduran beliau adalah dengan darah dan jutaan airmata insan yang tidak berdosa.   AS dan Israel tersenyum bangga kerana berjaya mengucar kacirkan negara Islam.  Pemerintahan diktaktor Hosni Mubarak mencecah 30 tahun..bukannya sedikit masa yang di gunakan oleh beliau.  Makanan dan tidak boleh keluar itulah keadaan rakyat kita disana saat ini.  Ada juga yang mengatakan pelajar kita dirogol....Hati siapa yang tidak bimbang.  Dan sudah berlepas pesawat C-130 Charlie TUDM serta kapal Bunga Mas 5 TLDM yang juga kapal serbaguna untuk membawa rakyat Malaysia pulang.  MAS dan AirAsia juga turut diminta bekerjasama membuat penerbangan khas.  Malaysia mengambil langkah menggunakan jalan air dan udara untuk membawa pulang segera rakyat Malaysia.  Marilah kita berdoa dan  mengadakan sembahyang hajat agar semua selamat dan Mesir akan aman semula serta Allah memelihara umat Islam di sana...Parkara utama kita berdoa agar Hosni Mubarak berundur kerana rakyatnya sudah tidak mahukannya lagi...dia tidak layak untuk rakyat  Mesir.  Segeralah angkat punggung Husni Mubarak....Allahuakbar.....

4 comments:

  1. susah jadinya bila orang gila kuasa. kalau semuanya beres mesti senang untuk meletak jawatan. mesti ada buat salah itu fasal susah dan liat mahu berundur

    ReplyDelete
  2. dia nak tengok ramai lagi hilang nyawa dan menderita....

    ReplyDelete
  3. jaga nyawa...nyawa jadi murah sekarang

    ReplyDelete
  4. betullah..macam boleh beli kat pasar sekilo..dua kilo.....

    ReplyDelete