Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 17, 2011

Hanya seorang yang tersenarai....

Kelmarin dan hari ini dalam akhbar menunjukkan senarai individu terkaya di Malaysia.  Mengikut turutan:
1 . Robert Kuok                 -  RM 50.04 billion (gula)
2.  T Ananda Krishnan       -   RM 45.78 billion (Maxis)
3.  Tan Sri Teh Hong Piow -  RM 12.77 billion (Public Bank)
4.  Tan Sri Lee Shin Chen  -  RM  12.74 billion (IOI Corporation Bhd)
5.  Tan Sri Lim Kok Thay -RM 10.89 billion (Genting)
6.  Tan Sri Kuek Leng Chan-RM 7.09 billion (Hong Leong)
7.  Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary-RM 8.84 billion
8.  Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.43 billion (balu Tan Sri Lim Goh Tong)
9.  Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.77 (Rimbunan Hijau
10.Ong Beng Seng-RM 3.98 billion (Singapura)

Hanya satu sahaja Bumiputera yang berjaya masuk dalam senarai iaitu tangga ke 7,  Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary..Tahniah diucapkan kepada beliau.  Nampaknya dasar kerajaan untuk meramaikan usahawan kelas menengah dan yang juga berjaya termasuk dalam senarai masih lagi kurang berjaya.  Walaupun berbangga dengan pencapaian beliau, jauh disudut hati, bila agaknya keadaan ini akan berubah apabila lebih ramai usahawan Melayu berjaya disenaraikan.  Semoga senario ini akan berubah pada tahun yang akan datang.  Tunggu dan lihat....

No comments:

Post a Comment