Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 6, 2011

Kebiasaan yang salah....

Kebiasaannya, bulan Februari orang mengatakan bulan kasih-sayang, cinta dan sebagainya...Kenapa???  Adakah bulan lain bukan bulan kasih sayang atau cinta?  Adakah bulan lain adalah bulan benci, sakit hati dan lain-lain?  Sebenarnya kita terpengaruh dengan Valentine's Day yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun dan saban tahun kita menyaksikan umat Islam turut menyambut hari ini....Tetapi sekarang, kefahaman sudah mula meningkat dan kita kena ingat bahawa sambutan Hari Kekasih bukanlah amalan Islam dan ianya adalah berdosa.    Valentine disambut untuk mengingati Paderi  yang dizalimi oleh kaisar Cladius di Rome.  Kaisar tidak membenarkan pemudanya bercinta agar menjadi lebih kuat tetapi Paderi ini mengahwinkan secara rahsia pasangan kekasih.  Lalu perbuatannya diketahui oleh kaisar dan dijatuhi hukuman mati pada tarikh tersebut.  Oleh itu, memang tersangat jelas kepada kita mengapa Islam melarang kita menyambut Hari kekasih...Dalam Islam, semua hari dan bulan adalah penuh kerahmatan dan kasih sayang Allah....Mengapa kita perlu mengikut kebiasaan yang salah dan bukan tradisi Islam....oleh itu, Perlulah kita sedar, kita sedang mengikut kebiasaan yang salah.......

2 comments:

  1. ntah...februari bulan kasih sayang konon...rekod perceraian tunjukkan februari antara paling banyak pasangan bercerai..

    ReplyDelete
  2. he..he...itulah..harap semua akan sedar dan faham, ini bukan tradisi kita...takut bercerai sebab berkasih sayang dgn org baru tak? hu..hu...

    ReplyDelete