Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 1, 2010

Drama Nahi Mungkar TV2 9.30 malam 28 Februari 2010..

Malam tadi saya seisi keluarga menonton drama Nahi Mungkar yang disiarkan di TV2. Kisah mengenai lelaki yang dalam kesempitan hidup menyara isteri dan 2 anak, seorang yang patuh pada jalan Allah dan amanah tetapi akhirnya terpesong akibat kesabaran yang kurang dalam menempuhi hidup.  Melakukan penyelewengan dalam menukar hakmilik tanah yang diamanahkan oleh tuannya..akhirnya apabila senang dengan duit yang tidak berkat kehidupan menjadi kucar-kacir akhirnya bermacam masalah menimpa.  Akhirnya dia kembali kepada jalan yang benar, insaf, bahagia dengan keluarga walaupun menjadi miskin semula...ceritanya menarik walaupun ia agak mendatar..Sememangnya ramai yang berkeadaan begitu dalam kehidupan ini akibat kesusahan dan hambatan keperluan hidup yang sememangnaya sukar..walaupun begitu susah adalah ujian begitu juga kesenangan juga adalah ujian..susah tidak susah selamanya dan senang tidak akan senang selamanya...semua adalah ujian yang harus ditempuhi..jika kita susah..ramai lagi yang lebih susah daripada kita...apabila senang..mungkin kita akan alpa dengan kesusahan orang lain..salah satu yang ditunjukkan adalah doa yang diminta untuk lelaki ini menjadi senang dengan apa jua cara sekalipun biarpun yang salah...Ya doa adalah senjata..Allah makbulkan..Oleh itu kita diingatkan berdoa agar jalan yang benar diredhaiNYA..Banyak peringatan dan iktibar dari cerita ini....Syabas pengarahnya...semoga lebih banyak cerita seperti ini ditayangkan bukan kisah korporat sahaja...

No comments:

Post a Comment