January 25, 2010
Perangai manusia..
Mengapa manusia suka mengeji dan mencaci atau membuat tuduhan melulu pada sesuatu perkara atau perangai seseorang yang kita tidak tahu punca terjadi perkara sedemikian?Pada saya kita manusia biasa..apa yang dilalui oleh orang lain tidak sama dengan situasi yang kita lalui...kadangkala kita merasakan kitalah yang terbaik tetapi yang tahu akan niat kita ialah Allah sahaja...sebagai contoh jika seorang anak yang jarang pulang kekampung atau menghubungi ibu bapa adakah dia seperti kacang lupakan kulit? atau anak yang tidak tahu menghargai jasa ibu-bapa? mungkin pada situasi orang lain benar mereka sengaja bersifat seperti itu tetapi untuk diri saya seandainya perkara itu telah saya lakukan seperti tidak selalu menghubungi ibu bapa atau pulang ke kampung bukanlah kerana kacang lupakan kulit atau anak derhaka...saya mempunyai masalah saya dan sifat saya untuk tidak suka menghebahkan kepada orang lain tetapi bagi orang lain mudah membuat kesimpulan bahawa mungkin saya ini adalah anak yang telah melupakan ibu bapa...anda boleh membuat tafsiran anda sendiri bagi saya Allah lebih Mengetahui.....bumi berpusing...begitu juga manusia...mungkin hari ini kita diatas tetapi hari esok kita tidak akan tahu keadaan kita....Allah Maha Mengetahui...hentikanlah tafsiran yang singkat terhadap orang lain...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment