Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 3, 2011

Satu

"Freshie!  Cepat sikit, jangan berjalan macam kura-kura.  Kura-kura pun berjalan cepat dari awak semua!"  Jeritan Kak Shila mengarahkan pelajar tingkatan empat yang baru 2 hari mendaftar dan  masih kelam kabut untuk berjalan segera ke dewan besar sekolah petang itu.  Lisa yang masih belum memakai tudung dengan sempurna terpaksa berkejaran turun ke bawah dari hostel dengan segera diikuti dengan pelajar lain.  Apabila sampai di depan asrama, semua diarah beratur dan berjalan menuju ke dewan besar.  Itulah rutin 2 hari berada di sekolah ini.
"Agaknya memang kak senior ni garang-garang agaknya!"  Kata Rina yang duduk dibelakang Lisa.  "Agaknyalah, muka pun tak senyum.  Dua hari dah duduk sini, tak ada yang friendly."  Balas Lisa
."Mungkin! Kita tengok lepas habis orientasi ni macamana...Kalau macam ni jugak...maunya panjat pagar lari sekolah kat rumah jawabnya.  Mana tahan dikelilingi orang macam ni..."  kata Rina.
'Yelah, kita tengoklah habis orientasi ni"  jawab Lisa.  "Awak berdua tu,  orang sedang bercakap didepan, awak bercakap di belakang.  Nak tunjuk tak hormat kat kami ke?"  Kak Shila memandang arah Rina dan Lisa serta sekaligus  diikuti kesemua yang ada didewan besar itu.   Lisa dan Rina menelan air liur yang kering kerana disergah.  "Mampus kali ni"  Kata Lisa.  Lisa dan Rina hanya berdiam diri dan tunduk.  Akhirnya Shila berlalu.  "Fuh, lega."  Kata Lisa.
'Hari ini kamu semua akan dibahagi kepada kumpulan untuk persembahan Malam Kemuncak Orientasi, dan wajib ambil bahagian.  Kita akan menyediakan hadiah kepada tempat pertama, kedua dan ketiga.  Jadi tunjukkan bakat terpendam dan tenggelam yang ada dalam diri awak.  Tolong beri kerjasama."  Abang  Rizal memberi penerangan selaku Ketua Pengawas.  Setelah dibahagi kepada kumpulan, Lisa dan Rina serta 16 pelajar lain yang terdiri dari 8 lelaki dan 8 perempuan dikehendaki membuat persembahan Boria.

Hari ke 5
"Tegur sikit tarik muka 14"  Sergah Abang Nazri selaku Jurulatih Boria kami   kerana kesalahan yang dibuat.  "Macamana tak tarik muka 14, 28 pun boleh asyik tak betul je."  Bisik Lisa perlahan kepada Rina yang duduk disebelah.  "Lebih dari mak nenek dah aku tengok abang nih.  Boria boleh jadi Rock buat macam ni.  Dah dia salah ,kita beri pendapat tak nak dengar.  Cikgu marah dia, dia marah kat kita.  Aku tak tahanlah dah 3 hari macam ni."  Sungut Lisa.  "Aku pun dah tak larat, tinggal 2 hari je lagi.  Tak menang pun tak apa.  Bukan setakat peluh yang keluar, airmata pun dah keluar banyak sebab kena marah tiap-tiap hari."  Kata Rina.  "Aku anak manja, bila kena macam ni mulalah nak balik, teringat kat mak aku.  kalau mak  marah aku tak kisah."  Tambah Rina lagi.  "Hek eleh, kalau macam ni, bukan setakat anak manja, anak rimau pun lari masuk hutan."  Balas Lisa.  memang kehidupan baru di sekolah ini banyak cabaran dan dugaan.  Belum seminggu sudah rasa mahu lari.
"Awak berdua ni, saya duduk membebel kat depan ni, awak bercakap di belakang.  Bila salah mula tarik muncung.  Kalau macam ni, saya nak tarik diri dan batalkan persembahan Boria ni."  Sambungnya dan terus berlalu.  "Laa..merajuk pulak abang ni, buruknya rupa..kalau perempuan tahanlah sikit."  Kata Rina sambil memandang Abang Nazri yang berlalu pergi.
"Korang, mari sini semua."  Lisa memanggil ahli Boria yang lain.  "Tengok, abang Nazri dah marah dan merajuk.  Aku pun dah tak tahanlah macam ni.  Kenyang kena marah, tak makan nasi pun tak apa.  Kita berlatih bersungguh untuk dua hari je, lepas ni kita bebas.  Menang atau kalah tak kisah yang penting kita buat yang terbaik"  Lisa memberi arahan.  "Betul."  kata Sham yang menaruh hati pada Lisa dan selalu mengusik Lisa.  "Marilah, kita jangan membuang masa."  Sambungnya lagi dan kesudahan latihan itu semua berpuas hati walaupun tanpa Abang Nazri yang masih merajuk dan tidak nampak kelibat hingga habis latihan. 

Hari Ketujuh
"Dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Boria."  Serta merta tepukan gemuruh dan jerit pekik ahli-ahli kumpulan Boria memecah ruang dewan besar.  "Dipersilakan  Penyelaras mengambil hadiah"  Kak As dan Abang Bob selaku Juruacara Malam Kemuncak Minggu Orientasi meminta Abang Nazri mengambil hadiah.  "Agaknya dia nak kata apa kat kita?  Nak minta maaf atau tidak?"  Rina menyoal Lisa.  "Ikut dialah, kita dah lakukan yang terbaik dan orientasi dah habis.  Jadi kita tak ada kena mengena dengan dia lagi..Berbaloi kita berlatih sampai kadang-kadang dalam tidur pun mengigau berlatih boria ni."  Balas Lisa.
Selepas hadiah dibahagi kepada ahli kumpulan malam itu, masing-masing berpuas hati walaupun hanya ditempat ketiga.  "Akhirnya minta maaf jugak Abang Nazri kat kita.  Beritahu Rina.  "Aikk, bilanya tak ada pun dengan aku?  Takkan aku tak termasuk?  Takkan korang aje?"  Jawab Lisa kehairanan.  "Ehh, dengan kitaorang semua ada tadi waktu agih hadiah.  Takkan tak ada?  Kau tak perasan kot?"  Rina membalas untuk mengurangkan kehairanan Lisa.  "Aku rasa telinga aku masih dengar dan dia muncung aje tadi.  Hmm, biarlah, aku tak kisah...yang penting dah lepas dan aku tak nak ingat.  Dia ada minta maaf ke tak, tak menjadi masalah.  Kita pun bukan tengok muka dia tiap hari lepas ni.  Dah lepas dah minggu orientasi, so...kita enjoy.."  Balas Lisa selamba.  "Kau ni!"  Balas Rina sambil mencubit Lisa.  Malam itu berlalu dan minggu baru akan muncul untuk meneruskan cita-cita yang menjadi sebab kedatangan ke sekolah ini.  Lisa bertekad untuk menjadi yang terbaik dalam pelajaran seperti sebelum ini dan harapan keluarga tidak akan dipersiakan.  Tetapi Lisa akui, minggu orientasi banyak mengajar erti kehidupan di asrama dan sekolah baru.  Akan berpanjangankah permusuhan Lisa dan Nazri?  itu yang menjadi tanda tanya dalam hati Lisa malam itu.  Dan Lisa pun terus terlena keletihan.

No comments:

Post a Comment