March 9, 2011
Biarlah lewat sehari.....
Kelmarin Hari Wanita, Selamat Hari Wanita kepada semua wanita...Emak, kakak, kakak ipar, mak saudara dan semua rakan-rakan. Untuk wanita sahaja....pelbagai kisah juga saya baca. Ada suami yang mengucapkan untuk isteri di awal pagi, ada yang lewat malam dan bermacam lagi. Saya??? Sebenarnya saya tidak ingat 8 Mac Hari Wanita. Ha..ha...rasanya bukan saya saja mungkin ramai juga yang masih kurang mengingati tarikh itu. Sebenarnya tidak kisah sangatlah ada ucapan atau tidak. Yang penting penghormatan untuk wanita. Kehidupan sekeliling anda ada wanita jika tidak ramai mungkin seorang dua..siapa??? Ibu anda, kakak, adik, mak saudara, sepupu. Bagi yang sudah berkahwin ada isteri atau isteri-isteri..opps...betul apa, jika yang ada lebih dari satu isteri. Saya, mereka semua tidak memerlukan terlalu banyak perkara yang merumitkan tetapi hormati dan sayangi kami. Itu sahaja. Tiada permintaan melampau atau terlampau...bukan untuk Hari Wanita sahaja tetapi sepanjang hidup kami. Kami juga manusia ada perasaan, dan kami terbina dari tulang rusuk anda. Bimbinglah kami dengan bijaksana, bukan hinaan, cacian, tendangan sudut atau tebndangan jarak jauh, penampar dan lain-lain seumpamanya...Kita manusia sama mempunyai hati dan perasaan. Jadi, tidak perlu menulis panjang (mentang-mentang sehari tidak menulis)....Kita sama-sama tahu tugas dan tanggungjawab kita...Dan untuk wanita, entri saya dah terlambat sehari...Semoga kita menjadi wanita sama ada anak, isteri, ibu yang solehah dan baik, bertanggungjawab untuk keluarga kita...Kadang-kadang orang tidak menghormati kita adalah kerana sikap kita sendiri yang menyebabkan kita tidak dihormati..wallahualam...(huh..panjang jugak entri nih)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment