Ramai orang yang berkahwin pada musim cuti ini. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru..Semoga kekal ke akhir hayat. Kahwin....hmm.....apabila sudah jodoh dan sudah sampai masa manusia akan berkahwin. Adakah salah pada yang masih belum bertemu jodoh? Kita terima ketentuan Tuhan dan selain itu kita berusaha. Paling penting biarlah kasih sayang dan cinta itu kerana Allah bukan berlandaskan selain itu.
1. Menyintai manusia kerana harta, harta akan habis
2. Menyintai manusia kerana rupa, rupa akan hilang ditelan masa
3. Cinta kerana darjat, akan hilang bila darjat sudah tiada....
Oleh itu, sememangnya dan selayaknya Cinta dan Menyintai kerana Allah. Tetapi dalam ketentuan jodoh ini, ada juga yang berlaku diluar kehendak kita. Dalam Islam juga sudah ditetapkan faktor-faktor untuk memilih pasangan yang sepatutnya kita ikuti. Pasangan kita mungkin pula terdiri daripada:
1. Sebaya-ramai yang bertemu dengan jodoh yang sebaya
2. Pasangan lebih tua -tidak kira lelaki atau wanita, ada yang lelaki lebih berusia dan ada juga wanita yang lebih berusia yang masih dalam kategori biasa.
3. Pasangan berbelas tahun atau berpuluh tahun lebih berusia-tidak kira lelaki atau wanita yang bertemu jodoh dengan pasangan yang jauh lebih berusia-jarang-jarang tetapi dalam keadaan semasa semakin ramai.
Percaya dan yakinlah bahawa, Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam mengatur jodoh kita yang mana kita sendiri tidak mampu untuk mengatur dengan sedemikian rupa. Redhalah dengan apa yang telah ditakdirkan...Bila sudah jodoh, tiada siapa yang dapat menghalang....
Jodoh kita tak tahu. Mah Berkuasa empunya kuasa. Tapi sebagai manusia terima sahaja seadanya
ReplyDeletebetul..walaupun berhelai kertas kita tulis tentang ciri-ciri pasangan idaman tetapi Kuasa Allah melebihi segalanya...
ReplyDeleteYang kita inginkan sebenarnya hanyalah angan-angan. Yang kita dapat itulah kenyataan. Jagalah sebaik mungkin. Sayangi seboleh mampu. Kasihilah bagai lautan tanpa sempadan.
ReplyDeleteAllah Maha Mengetahui...setuju sangat...
ReplyDelete