Assalammualaikum...
Baru boleh menulis setelah agak sibuk. Macam-macam perkara berlaku. Paling menggemparkan Jepun dilanda gempa 8.9 skala ritcher dan tsunami 10 meter. Allahuakbar! Itulah kuasa Allah yang tidak mampu kita tolak dan terpaksa hadapi. Takziah kepada Jepun. Syukurlah hidup di Malaysia. Cerita yang saya ingin tulis, berlaku pada hari khamis lepas, tak tahulah nak suka atau apa tetapi memang meninggalkan kesan...Kisah bermula dengan seorang budak dan abangnya datang ke kedai dan abangnya meninggalkan budak lelaki yang dalam lingkungan umur 9-10 tahun dalam kedai pada pukul 6.00 petang dan si abang menyuruh adiknya tunggu di kedai. Jadi pada pemahaman saya, pasti abangnya pergi kemana-mana dan menyuruh adiknya menunggu dia disitu. Jam menunjukkan pukul 7.10 petang, si abang masih tidak muncul dan adalah dua, tiga orang budak yang duduk dikedai dan seorang ibu yang melihat anaknyadalam usia 12 tahun menggunakan komputer. Saya dah gelisah tetapi jika masih tidak muncul saya akan menghantar budak ini pulang. Si ibu pun dalam keadaan gelisah kerana ingin cepat balik maklumlah sudah maghrib, dua tiga kali bertanya lambat lagi ke budak yang ditinggalkan abangnya itu habis menggunakan komputer, saya pun menjawab dia menunggu abang dia.(dalam hati tertanya-tanya apasal dia bertanya budak yang ditunggu abangya itu). Dalam hujan lebat dan masuk maghrib, abang budak itu masih tidak muncul. Apabila ditanya dimana rumahnya dia mengatakan di satu tempat yang dalam 15 minit jarak dari rumah. Akhirnya pada pukul 7.40 petang, budak itu berlari pergi ke kereta perempuan(si ibu) yang bertanya tadi dan meninggalkan saya dalam kebingungan. Laa...rupa-rupanya siibu tadi datang menjemput anaknya yang ditinggalkan oleh abangnya tadi. Ya Allah rupanya itulah ibunya dan saya tidak tahu...apalah dia tidak beritahu dan saya pun tidak bertanya. Tak pasal-pasal pukul 8 malam saya balik rumah dalam hujan lebat. Dalam perjalanan balik, saya sengih ada, geram pun ada....macam ikan tiga rasa....serba salah pun ada. Disebabkan salah faham dan tidak bertanya semua lewat pulang ke rumah masing-masing. Agak-agak nak gelak ke atau macam mana????
No comments:
Post a Comment