|
Syurga bagi kaki pancing |
Hari Jumaat, suami beria-ia sangat nak pergi memancing dan akhirnya dia mengatakan ingin memancing di Tasik Banding. Perjalanan tidaklah jauh dan hanya mengambil masa lebih kurang sejam setengah saja. Sampai saja di sana, kami menginap di bilik yang disediakan. Suami dan Aiman mengeluarkan pancing dan memancing dengan sepuasnya. Walaupun ada resort dan hotel disana tetapi menginap di bilik ini lebih adventure. Banyak kali mata lucut disentap oleh ikan besar. Ikan-ikan yang terdapat seperti ikan Baung, Toman, Jelawat, Talapia dan lain-lain . Tempat untuk membakar juga disediakan.
|
Jambatan-pemandangan dari bilik |
Kagum juga dengan Puan Mahiran (tuan) yang gigih dan boleh melakukan hampir kesemua kerja yang dilakukan oleh orang lelaki.
|
Boleh menyewa bot untuk mendapat hasil yang lebih banyak. |
Disini ada kedai runcit dan kedai makan yang tidak merisaukan penyewa. Orang asli kebanyakkannya datang membeli di kedai beliau. Tempat ini seperti one stop bagi orang asli. Mereka membawa hasil hutan seperti gaharu, herba yang dibeli oleh Puan Maheran dan mereka akan membeli barang-barang keperluan mereka. Memang maju perniagaan beliau. Harga makanan pula tidak mahal dan berpatutan.
Suami mengatakan akan pergi kesana lagi dengan kelengkapan memancing yang lebih banyak ..Amboiii...itu memang beria-ia sangat tu.....
No comments:
Post a Comment