March 21, 2011
Contact Lens oh Contact Lens....
Dulu kita agak sukar untuk melihat warna mata manusia yang lain dari hitam atau coklat tua. Apabila contact lens diperkenalkan, ramai yang boleh bertukar warna anak mata. Tak kisahlah beb...untuk kepuasan diri. Tetapi kita boleh melihat warna mata itu yang tulen atau tidak sebab jika kita memakai contact lens, ada perbezaannya. Tetapi sebenarnya, nak tengok anak mata orang perempuan tidak hairan tetapi kalau untuk melihat mata berlainan jantina, maaflah ye....Tetapi jika kita bercakap dengan orang, semestinya automatik kita akan memandang kepada mata bukan hidung atau kaki..betul tak??? Kepada yang memiliki warna mata original yang lain seperti hazel atau coklat muda pasti akan membuatkan orang tertanya-tanya mata original atau anak kacukan kah orang itu. Ini bukan entri masuk bakul angkat sendiri tetapi sekadar berkongsi rasa sama seperti ada di kalangan bloggers atau readers. Warna mata saya coklat kehijauan...taklah reti sangat nak jelaskan. Selalu orang akan soal adakah saya anak kacukan....Tidak...tetapi keturunan memang ada berasal dari China. Tapi dah lama sangat dah banyak lapis. Anak-anak tidak ada yang menurun warna ini setakat ini. Saya tidak memakai contact lens dan sekurang-kurangya saya bersyukur dengan warna mata seperti ini. Memang adik beradik warna mata begini. Sejak zaman sekolah hingga menetap di Kelantan, soalan seperti itu tidak pernah sunyi. Ada satu ketika saya membawa anak yang ketiga berjumpa doktor pakar perempuan kerana anak saya menghidap ekzema, doktor pakar berkenaan selepas memeriksa dan bersoal sedikit sebanyak tentang anak saya, last sekali bertanya saya dari keturunan mana...Terkejut juga...Dia menerangkan selalunya warna anak mata begini bukan asal Malaysia...Saya pun mengatakan mungkin sebab keturunan dulu dari China. Kadang-kadang jika orang memandang lama, pasti itulah soalan yang akan keluar dari mulut mereka. Dijelaskan sekali lagi ini bukan entri syok sendiri. Sekadar berkongsi rasa tentang warna anak mata. Di Tasik Banding baru-baru ini, ada soalan yang sama...Tidak sama sekali...Maaflah ye..entri ini bukan untuk syok sendiri....sekadar berkongsi rasa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment