B-Bilo
E-Eden
N-Nikah
S-Samo
O-Oghang
N-Nogori
H-Harto
E-Eden
D-Dan
G-Gaji
E-Eden
S-Solosai........
Sampai begitu sekali yang dimaksudkan....Nak gelak ada, sedih pun ada. Pada pemahaman saya, walaupun keluarga saya tidak mengamalkannya dan ada banyak yang saya tidak tahu tentang Adat perpatih, harta akan diberikan kepada perempuan kerana pada masa itu, mereka tidak ada pekerjaan dan jika ditinggalkan suami akan terkapai-kapai kesusahan. Rumah Pusaka juga diberikan kepada perempuan kerana perempuan tidak bekerja. Memang diakui masih ada yang mengamalkan adat itu, tetapi kebanyakkannya sudah tidak mengamalkannya. Kalau perempuan pisau cukur, tidak semestinya orang Negeri Sembilan sahaja, ia bersifat sejagat, negeri lain pun ada perempuan pisau cukur. Tetapi mujurlah sekarang stigma tentang perempuan Negeri Sembilan sudah kurang walaupun masih ada. Semoga lelaki-lelaki di luar sana yang ada hati dan ingin mengahwini perempuan Negeri Sembilan, dipersilakanlah.....Jangan takut atau risau kerana harta pusaka yang diwarisi, bukan harta orang dan jika ada yang mengambil harta lelaki pun kerana sepencarian...dalam Islam ada perkara begitu. Jadi???? Mengapa bimbang dan ragu.....Negeri Sembilan atau negeri manapun semua sama saja cuma keunikan Negeri Sembilan, tanah beradat kerana Adat Perpatihnya yang jika diamati, indah budayanya........Janganlah takut yer.......teruskan saja niat suci anda itu....
perempuan ni tak kira negeri sebenarnya. kalau betul dia kaki kikis, dari afrika pun kaki kikis. kadang-kadang persepsi silap ini jadi mimpi orang ajer...
ReplyDeletebetullah....harap tak ada lagi yang melabelkan perempuan berdasarkan negeri....Kesian orang NS...
ReplyDelete