Pernah tengok? Ada tanam? Pokok bakawali termasuk dalam jenis kaktus. Jika dilihat bunganya hampir serupa dengan bunga buah naga yang baru nak menjadi buah..Misteri?? Adalah jugak misterinya...sebab apa??Sebanya ia hanya akan berkembang di waktu malam dan pada menjelang subuh akan layu..hanya beberapa jam sahaja. Ada mitos yang mengatakan pokok ini akan berkait rapat dengan penanamnya..kalau penanamnya akan mati..pokok ini akan mati dulu?? Percaya ke? Tak pasal-pasal ada yang humban pokok ni dalam sungai sebab takut..itu mitos...Ada juga yang mengatakan ada bunian waktu bunganya berkembang? iye ke? Pernah tengok? Saya ada menanam pokok ini..pada tahun 2007 selepas diberi oleh pomen Cina...memang orang Cina yang percayakan pokok ini ada "ONG" katanya...Hidup 2 pokok dan satu pokok memang cepat berbunga tak sampai 2 bulan tanam..satu pokok lagi terbantut dan lambat..2 tahun baru berbunga dan sampai sekarang tidak berbunga..dah beri kat orang lain...memang rajin berbunga...dan jiran-jiran sanggup menunggu bersama untuk melihat kelopaknya terbuka...Suka juga sebab boleh berkongsi keindahan ciptaan Allah dengan orang lain..ada yang ambil gambar dan lain-lain..Baunya memang wangi dan tidak mustahil dikaitkan dengan makhlus halus..tapi jangan percaya...Jadi saya ada share gambar pokok bakawali saya yang berbunga untuk tatapan semua...Mudah untuk dijaga dan tanam cuma untuk berbunga ikut nasib..he..he...ada minat? Bolehlah cuba tanam dan kita akan kagum dengan keindahan ciptaan Allah ini yang unik bagi saya tapi saya tidaklah percaya bab makhlus halusnya....
bunga pun macam manusia. ada beranak cepat, ada lambat dan ada tak boleh beranak. bunga pun sama, ada berbunga cepat, ada tak berbunga dan ada yang bantut..kena pandai jaga dan rawat, kena pandai baja dan ubat
ReplyDeletesayalah paling kurang membaja pokok..nasib baik pokok berbunga..dia tahu tuan dia bzzz...he..he....
ReplyDelete