Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 16, 2011

Mencari kesempurnaan: Sempurnakah kita...

Dalam kita mencari kesempurnaan hidup dan juga orang yang menjadi pasangan kita, selalunya kita akan mengharapkan pasangan kita seorang yang sempurna tetapi kita tidak sedar bahawa adakah diri kita ini sempurna...Selalunya kita meletakkan ciri-ciri pasangan kita tidak kira lelaki atau perempuan..Akan jadilah MR or MS Charming...Dalam Islam sendiri meletakkan garis panduan dalam pemilihan jodoh seperti agama dan akhlak bagi lelaki dan empat perkara seperti cantik, harta, kedudukan dan agama bagi wanita.  Tetapi biasanya kita terlupa akan asas itu dan memilih selain dari asas yang sepatutnya.  Oleh kerana tanpa agama yang kukuh akan wujudlah kekecamukan dalam rumahtangga.  Isteri menyalahkan suami dan suami menyalahkan isteri...Lalu timbullah penyesalan kerana pasangan tidak sempurna...biarlah kita mengukur baju di badan sendiri...terimalah pasangan kita dengan seadanya tanpa meminta pasangan kita menjadi selain dari dirinya...Akan timbullah konflik dalam diri pasangan untuk memenuhi kesempurnaan ciptaan kita sendiri.  Kita manusia yang mempunyai hati dan perasaan tidak kira lelaki atau perempuan..semuanya Allah cipta untuk lengkap melengkapi dalam hidup..Kelemahan suami kelebihan isteri dan kekurangan isteri keistimewaan suami..Oleh itu kita akan saling memerlukan diantara satu sama lain.  kita tidak mungkin untuk sempurna tetapi kita boleh meletakkan diri kita menuju kesempurnaan.  Kita manusia yang lemah dan segala kesempurnaan milik Allah Pencipta.  Saya menasihati diri saya dan kita semua...Apabila keterpaksaaan wujud dalam hati pasangan akan menyebabkan ketidakpuasan hati.  Akhirnya berlaku pemberontakan.  Yang kecil menjadi besar sedangkan ianya boleh dicari penyelesaian bersama.  Perkahwinan itu indah tetapi manusia yang meletakkan perkahwinan itu dalam keadaan yang menakutkan dan menyedihkan..Terimalah pasangan kita seadanya...Allah Lebih Mengetahui mengapa jodoh kita adalah orang itu dan bukan orang ini...Setiap kejadian ada maksud yang tersirat disebaliknya...Terimalah dia seadanya....dia adalah dia dan tidak mungkin menjadi orang lain... 

2 comments: