Masa datang dan pergi
Masa meningkatkan usia menjadi tua
Masa memaksa manusia menghambat cita-cita
Masa yang pergi tidak boleh diundur walau apa jua cara
Masa merubah segalanya
Masa dua puluh empat bahagi tiga
lapan jam untuk mrehatkan minda
lapan jam untuk mengejar dunia
lapan jam untuk mengingatkan kita pada DIA
Masa tidak pernah jemu bertandang
Masa juga tidak akan menunggu kita
kerana masa amat berharga
mencapai 5 keadaan sebelum 5 yang sebaliknya tiba
Itulah masa yang sentiasa ada dalam hidup manusia
siapa yang ingat pasti akan mendapat ganjarannya
siapa yang leka akan rugi hidupnya
masa..masa...masa
ingatan untuk manusia...
masa bukan sekadar dentingan jarum jam..masa penuh harga...penuh dengan janji untuk mengisi ruangnya sebaik mungkin. Selamat menghargai masa
ReplyDeletebetul....terasa yang lalu banyak dah rugi...
ReplyDelete