January 24, 2011
Tuluskah cinta....
Kalau menyentuh bab cinta, semua akan tersenyum sendiri dan tidak kurang yang menangis sendiri. Yang akan senyum sendiri kerana kebahagiaan atau keindahan dalam bercinta. Yang akan menangis sendiri..faham-fahamlah sendiri...adalah yang tak kena, mungkin sakit hati atau terluka...Hmmm...kisah cinta tidak akan pernah habis selagi ada insan yang bernyawa dalam dunia ini. Siapa antara kita yang menolak cinta???Cuba beritahu dengan saya....mesti susah nak jawabkan...kalau ada yang kata taknak dah bercinta dah terkena macam lagu stacy..jahatnya kamu..jahatnya kamu...Waktu terluka memang kita akan menolaknya, tetapi kuasa Allah mana tahu esok lusa kita bercinta semula....Kadang-kadang kita susah untuk menerima kenyataan. Kenapa aku tak berkahwin dengan A kenapa aku mesti berkahwin dengan B???Soalan yang nak dibanding dengan soalan STPM pun senang nak jawab soalan STPM. Senang cerita kita kembali kepada Allah..urusan jodoh, ajal dan maut bukan kita yang menentukan...nasi dalam tangan yang nak disuap ke mulut pun akan jatuh inikan manusia yang memang kompleks...Alah akak ni senanglah cerita...dia dah lepas....Memang saya dah melepasi zaman tu tapi banyak yang saya dah lalui, mana yang adik-adik tu, saya dah makan garam dulu dan banyak...Itu istilahlah makan garam..Rasanya kalau makan garam sengoti kata orang kelate...tak sempat blog ni dicipta maklumlah mesti darah terlebih tinggi...gol dulu hari....Itu kiasan maknanya saya pun sama macam orang lain...Tapi tak payahlah nak cerita kisah saya. Tak penting..tak pasal-pasal 3 hari 3 malam tak habis menulis....Bagi saya jika kita ada terselit cinta dalam hati, baikalh kita panjatkan doa "Ya Allah, seandainya benar dia ialah jodohku, kekalkanlah kami, seandainya tidak, pisahkanlah kami.." Dan kita bersiap sedialah untuk menerima apa jua kemungkinan sama ada bertemu jodoh dengan sidia atau tidak. Dan dalam bercinta tolonglah kerana Allah dan bukan kerana nafsu kerana akan ada yang menyerahkan diri sebelum bernikah...Harga maruah diri yang mahal untuk dilepaskan...Jangan rapat-rapat, jangan pegang-pegang....akan keluarlah pula lagu Suhaimi Mior Hassan...Ingatlah Allah, ibu bapa dan keluarga dalam setiap tindakan kita...Insyaallah kita tidak akan terlepas landasan...Tulusnya cinta kerana Allah dan bukan kerana nafsu...Semua orang pernah, sedang dan akan melaluinya...Tiada kebahagiaan tanpa kepedihan...Allah lebih mengetahui...kita hanyalah hambanya yang memang lemah dalam segalanya....Ingatlah bagi yang kecewa dan belum lagi menemui cinta..Ia ada disana...nanti akan anda laluinya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hmmmmm...cinta itu nikmat teramat amat(Cinta)
ReplyDeletebetul gak istilah C.I.N.T.A...he..he...pandai jugak....
ReplyDeletetak nak bercinta lagi ke? hahahahaha...soalan sensitif, jangan marah...
ReplyDeletemungkin tidak kot..he..he...
ReplyDelete