January 27, 2011
Wanita: Bisa menumbangkan sebuah negara....
Negara Tunisia menyaksikan penggulingan Presiden Ben Ali akibat isterinya Leila yang menggunakan wang rakyat untuk kemewahan. Leila orang miskin dan bekerja sebagai pendandan rambut yang bertemu jodoh dengan Ben Ali dan kehidupan berubah menjadi mewah. Dalam keadaan negara meruncing dengan masalah ekonomi seperti pengangguran, barang harga naik yang tidak terkawal, Leila boleh hidup bermewah dengan berjenis kereta mahal, aksesori mahal, rumah mewah dan kapal layar. Akhirnya melarikan diri setelah diusir oleh rakyatnya dan hidup di Mesir. Dalam pada itu sempat pula membawa jongkong emas bernilai lebih kurang RM 168 juta. Kekayaannya banyak disimpan di Perancis. Kedua-dua anaknya menyewa hotel mewah di Perancis dalam nilai sewaan semalaman lebih dua ribu ringgit. Kemuncak kepada kemarahan rakyat kerana seorang peniaga, Mohamad yang membakar diri dan meninggal dunia akibat kedainya ditarik lesen dan ditampar polis wanita tanpa perikemanusiaan. Itulah kuasa wanita yang boleh menjatuhkan sebuah kerajaan dan boleh juga menjadikan kerajaan lebih makmur. Akhirnya Azan berkumandang semula di Tunisia yang mana dilarang sebelum ini oleh Ben Ali. Banyak lagi kisah wanita menjadi sebab kejatuhan dan kejayaan sebuah kerajaan. Semoga wanita-wanita Malaysia menjadi tonggak kejayaan kepada suami bukan sumber kejatuhan suami. Yang penting suami tahu memimpin rumahtangga dengan baik dan dibantu oleh isteri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wanita bukan sahaja boleh menggoncang dunia, tetapi wanita juga boleh menjatuhkan suaminya
ReplyDeletebetul..hebat kuasa wanita...he..he...
ReplyDelete