Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 5, 2011

Hujan turun lagi...

Selepas panas 2, 3 hari lepas, hari ini hujan melanda dengan lebatnya...awan gelap menandakan hujan lambat sedikit untuk berhenti...termenung seketika...itulah putaran alam..ada masa panas, ada hujan..Negara Malaysia yang mengalami khatulistiwa memang tidak lepas dari hujan dan panas.  Memikirkan keadaan orang-orang  kampung.  Diwaktu getah naik harganya, cuaca tidak mengizinkan mereka menikmati dengan sepuasnya..dugaan.  Selepas ini, akan kering daun dan luruh pula lalu getah pun kurang...Itu bagi golongan penoreh getah, bagi pesawah juga seperti di sesetengah kawasan tidak boleh menanam padi kerana sawah dimasukki air laut menjadi masin...Bagi nelayan pula musim hujan dan gelora tidaklah boleh kelaut untuk menangkap ikan...Hmmm kerajaan menaikkan pula RON97 sebanyak 10sen...Minyak masak pula kekurangan stok dan janji mereka harga minyak masak tidak naik tetapi meningkat 15% untuk tahun ini...Selepas ini apa pula yang tidak akan naik?  Rakyat golongan bawah dan sederhana cukup terhimpit dengan kemelut ini dan kerajaan biarkan sahaja desakan pembekal untuk menaikkan harga tanpa ada toleransi...kasihan orang-orang dikampung, yang tinggal dibandar juga cukup terhimpit dengan kenaikan segalanya tetapi gaji setelah ditolak potongan lain, tinggal tidak seberapa...Gaji mereka juga tidak mencukupi.  Jika sebut sahaja minyak akan naik, segala barang akan naik.  Jika tidak hari ini, esok lusa pasti akan naik percayalah...Apa yang ada pada kami???Yang tinggal hanyalah penderitaan dan kesengsaraan akibat kenaikan kos yang pelbagai dalam mencari kelangsungan hidup....Inikah yang kami mahukan dan adakah ini yang tersedia untuk kami???Mengapa oh mengapa jadi begini????Akhirnya persoalan demi persoalan  itu lenyap ditelan titis hujan yang lebat ini.....Kita diuji lagi.....yang tiada penghujungnya....

4 comments:

  1. Ujian ini amat berat ditanggung oleh rakyat. Bagaimanapun, percayalah Allah akan tunjukkan hikmahnya dan percayalah juga doa yang teraniaya itu akan dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita berdoa agar ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk rakyat..

    ReplyDelete
  3. salam..saya penjual DETOX FOOT PATCH
    sekeping hanya RM 1.00...
    untuk maklumat lanjut, sila layari blog saya...
    http://detokfootpatch.blogspot.com/
    my number=>>>0108961702

    ReplyDelete