Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 10, 2011

Tolong ingatkan aku....

Anugaerah Juara Lagu 25 sudah melabuhkan tirainya malam tadi.  Ramai yang sudah tahu keputusannya...Ramai yang tidak berpuashati???Benda sudah berlalu dan tidak usahlah dipertikaikan...Banyak juga blog yang memperkatakannya...memang tidak dapat dinafikan semua peserta menunjukkan kreativiti masing-masing dalam mempersembahkan lagu..Ya Faizal Tahir menerusi Hanyut berjaya merangkul Persmbahan Terbaik...masuk dalam air lagi you..dasyat sungguh..dia berhak...Vokal Terbaik pula milik Hafiz menerusi Noktah Cinta...Ya..tidak dapat disangsikan lagi..begitu juga dengan persembahannya dan gimik ditembak..rezeki selepas kemalangan...Meet Uncle Hussein dan Black dengan Drama King tempat kedua...Ana Raffali-Tolong ingatkan aku...Mungkin ramai yang tidak berpuashati tetapi cuba perhatikan lirik lagu ini dan amati..Lirik lagu ini  tinggi nilainya...Dan Syabas Ana Raffali kerana berjaya membuktikan bakat anda ada nilainya dan ada pelapis muda dalam industri ini...Dan Aidit Alfian juga tahniah kerana berjaya melihat sebutir mutiara dalam youtube dan berani mengetengahkannya...Ana Raffali menang kerana rupa?Memang saya akui dia cantik manis lawa ayu jelita tetapi lirik lagu dan dia berjaya mencipta lagu sendiri itu beserta pakej kecantikkannya amatlah jarang kita temui...Syabas, Tahniah dan semoga selepas ini janganlah Ana Raffali terlupa diri atau buat hal kerana saya ada disini untuk tolong ingatkan Ana Raffali seandainya itu terjadi....

3 comments:

  1. tahniah ana. lagu dia okay...yang kalah cuba lagi. adat pertandingan, ada kalah ada menang. Yang menang jangan lupa diri dan yang kalah yang bawa hati

    ReplyDelete
  2. cuba lagi..semua ok cuma nasib tidak menyebelahi....

    ReplyDelete