January 16, 2011
Kisah Sandal dan Bas mini...
Assalammualaikum semua...hmm... hari jumaat dan sabtu saya tidak berinternet kerana ada hal...semua mesej sudah saya baca hari ini..terima kasih semua ya....Kelmarin saya terlintas satu kenangan yang agak lucu juga..Kisah terjadi semasa saya masih study di Penang...Saya, Ema, Lyn, Yati dan Kak Anis dan Kak Zan, itulah sahabat saya yang masih berhubung sehingga kini. Kami amat akrab sehingga jika ada yang ingin berjumpa salah seorang dia kena pastikan lihat kelibat antara kami, pasti adalah orang yang dia ingin jumpa..begitulah kuatnya kami kesana kemari bersama...Lelaki???Entahlah, masa itu memang itulah sahabat kemana jua...Disambungkan kisah, kami ingin ke Bukit Jambul untuk membeli barang keperluan pada hari sabtu...Punyalah ramai orang pada hari itu, kami menunggu bas mini yang agak lambat.... Ramai juga yang berbaris. Sampai saja bas, kami naik tetapi orang belakang menolak..memang tak ada sivik, sehinggalah sampai giliran aku..hu..hu..sandal ku terjatuh sebelah..sedangkan 5 orang lagi sahabat dah selamat naik...Keadaan menjadi serba salah kerana nak turun siasak dek orang..nak naik hanya tinggal sandal sebelah dan dalam keadaan itulah ada seorang jejaka tolong mengambil sandalku dan menyarungkannya...Hu malunya...macam cerita Cinderella....tapi sempat aku mengucapkan terima kasih...Wajah jejaka itu tidak kupandang meskipun dalam bas dia memerhatikan aku cerita 5 orang lagi sahabat tadi...Sedikit pun aku tidak memandang ke mukanya kerana malu..sahabat yang lain menggelakkan aku...merahlah muka..Sampai sahaja di Bukit Jambul, akulah orang pertama yang turun dan jejaka itu masih lagi memandang dari atas bas...Huh....nasib baik..kalu tak memang jadi Cinderella....Selepas itu aku dapat pengajaran, pakai sandal bertali..yang pasti tidak akan jatuh....Sehingga kini jika nampak bas, pasti cerita itu akan melintas di memori....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oooohh..ada kenangan rupanya..sandal dan si pemakai sandal...hihihihi..okaylah tu. Bukan semua orang boleh rasa kenangan macam tu..tertanggal sandal..hihi. jangan marah
ReplyDeletemungkin saya saja kot..hu..hu malu...
ReplyDeleteapa nak malu....
ReplyDeletehe..he...
ReplyDelete