Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 1, 2011

2011 yang menanti dan 2010 yang ditinggalkan....

Assalammualaikum....
Tahun 2010 sudah meninggalkan kita....2011 menjelma...Banyak sangat pahit, manis, masam kelat yang pergi bersama menghilangnya 2010...Harapan untuk 2011 akan lebih bersinar dan jalan serta peluang akan lebih mudah...Memang tiada siapa yang mengharapkan kesusahan atau cabaran yang kuat diberi tetapi kita manusia tidak mampu untuk menolak takdirnya.. Bagi saya, setelah saya amati perjalanan hidup ini, walaupun banyak cabaran yang terpaksa diharungi tetapi sebaliknya saya berfikir alangkah beruntungnya saya kerana mendapat dugaan ini yang menambahkan lagi kekuatan diri berbanding orang lain yang tidak merasainya...Dalam usia sebegini terlalu banyak yang telah ditempuhi dan apabila mengambil keputusan bekerja sendiri bukan sedikit halangannya...kitalah yang merencanakan segalanya...Jika ingin berjaya juga terletak pada kita dan jika ingin kecundang juga atas diri kita.  Ramai yang berkata lebih senang bekerja sendiri, tetapi disiplin yang tinggi menjadi kuncinya...Kita insan yang lemah tetapi diberi ruang untuk berfikir dan dengan kekentalan hati dan semangat yang waja sahaja yang mampu mengharunginya dan bagi saya Usaha, Redha dan Tawakkal...Mencuba selagi terdaya....2008-2010 adalah tahun-tahun yang amat sukar...Tetapi bersyukur kerana masih mampu mengharunginya...Apa yang saya usahakan saya akan mencuba sehingga berjaya walau seberat mana sekalipun dugaan yang mendatang.  Saya tidak akan berputus asa kerana kegagalan dan rintangan adalah faktor untuk berjaya...Semua akan merasainya cuma kuat atau ringan sahaja dugaannya.   Semoga saya lebih bersemangat dan lebih berusaha untuk berjaya...Untuk berpatah balik atau berundur tidak sekali-kali ada dalam kamus hidup saya....Semoga Allah memudahkan dan meringankannya....Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga sukses semua.....Tiada kejayaan tanpa kegagalan....

2 comments:

  1. Perjuangan mesti diteruskan. Biar putus nyawa, namun impian mesti direalisasikan.

    ReplyDelete
  2. ya...selagi semangat dan keyakinan masih ada...

    ReplyDelete