Pelajar hilang dibunuh kejam
|
|
SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.
Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini.
Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki.
Untuk bacaan penuh sila ke Utusan Malaysia hari ini
Apabila kita membaca, apakah yang terbayang di fikiran kita? Apakah kisah ini berlaku di Malaysia atau luar negara? Apa sudah jadi dengan masyarakat hari ini???Adakah ini petanda Malaysia sudah meningkat kadar jenayahnya dan sama seperti luar negara? Adakah masyarakat Malaysia sudah hilang kemanusiaannya??? Jika benar masyarakat kita sudah hilang kemanusiaannya, adalah amat menyedihkan...Kerana wang ringgit dan harta dunia, manusia berubah menjadi binatang bertopengkan manusia..Hanya dipakai baju manusia tetapi didalamnya dalah binatang.. Apa yang menakutkan, jika ini dibiarkan berlaku tanpa ada tindakan untuk mengkaji puncanya...banyak lagi kejadian seperti ini akan terjadi di masa akan datang. Inilah penyakit rohani yang sedang berleluasa di jiwa rakyat Malaysia bukan semua tetapi ramai. Alah, biarkanlah bukan keluarga kita..mungkin itu yang ada difikiran sesetengah masyarakat..Iya..memang yang terjadi itu bukan menimpa keluarga kita tetapi seandainya tidak dibendung, memang kita tidak minta tetapi tidak mustahil. Dalam mengejar kekayaan dan sumber kewangan, halal atau haram sudah tidak menjadi persoalan utama yang penting bolehkah wang didapati biarpun ada yang terpaksa melayangkan nyawa...Seharusnya bendunglah ia dari terus berlaku dan berleluasa. Tolonglah cari punca dan cara mengatasinya...memang amat menyedihkan dan menyayat hati...Kepada keluarga mangsa Takziah dan bersabarlah...Allah lebih mengetahui....Al Fatihah buat Allahyarham adik Taufik....Semoga damailah persemadianmu disana....Semoga ada yang insaf dan membuka mata atas pemergianmu....Semoga penyakit masyarakat ini yang sudah menjadi kudis tidak menjadi barah yang terus membunuh jiwa manusia..Insyaallah....
ingat silap masuk blog tadi...dah tukar wajah rupanya
ReplyDeletetak tahulah..rasa nak cuba wajah baru tapi masih dlm proses..he..he...
ReplyDelete