January 9, 2011
CiNTa...
Kisah yang tidak pernah akan padam selagi ada makhluk yang bernafas. Setiap saat cinta akan datang dan pergi dalam hidup insan. Ada yang akan bahagia kerana cinta dan ada yang akan merana menderita kerana cinta.. Cinta adalah ciptaan Allah yang sangat indah dan agung tetapi kerana kelalaian manusia dan kerakusan manusia, cinta diletakkan merata-rata. Cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal dan abadi. Menyintai manusia kerana Allah adalah lebih baik daripada menyintai manusia tanpa ingatkan Allah. Dalam bercinta pelbagai perkara akan berlaku. Ada yang sanggup membuang ibu-bapa, saudara kerana cinta yang terhalang. Ada yang sanggup berkorban maruah diri kerana cinta dan ada pula yang mati kerana cinta. Kita manusia akan menipu jika tiada cinta dalam hati kita. Cinta terlalu universal maksudnya. Biarlah cinta yang kita ada diredhai dan direstui...Cinta terlarang hanya akan memakan diri lambat launnya. Cinta monyet jarang yang kekal setia keakhirnya. Cinta kepada suami orang akan kelak merana, cinta kepada isteri orang akan tersiksa jiwanya...Cinta dialam siber???Benarkah ada akan kewujudannya???Cinta lelaki muda kepada wanita berusia kepadanya adakah akan setia keakhirnya???Cinta kepada lelaki berusia adakah akan mengiringi hingga ke persemadiannya???Tiadakah bahagia jika menyintai kepada yang tidak menyintai kita???Itulah antara persoalan dalam cinta...Janganlah dibiarkan cinta memakan hidup kita...Biarlah cinta berpada-pada kerana itulah sebaiknya..Tiada cinta, tiada airmata dan tiada cinta tiada bahagia..Cinta tidak semestinya cinta teruna kepada dara tetapi maksudnya lebih dari itu... Serahkan cinta kepada Pencipta agar cinta kepada manusia lebih berharga....itulah serba sedikit kisah cinta.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada orang tumpang teduh bercinta....hehehe
ReplyDeletehehehe....
ReplyDelete