Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 12, 2011

Penghijrahan Catriana Bahrain Ross

Saya mula melihat Catriana berlakon dalam drama Sephia TV3, kemudian Mek Salmah dari Scotland... Selepas itu banyak lagi lakonannya sehinggalah beliau kemalangan dan berkahwin akhirnya menjadi seorang ibu...Saya bersyukur kerana Cat telah bertudung, bertambah lagi wanita yang bertudung.  Tetapi baru-baru ini saya terbaca Cat sudah tidak banyak menerima tawaran berlakon kerana dia bertudung.. Walaupun ada tawaran yang meminta dia menanggalkan tudung untuk berlakon, dia rela menolak dari membuka tudung...Alhamdullillah...Syabas Cat kerana teguh dengan pendirian.  Biarlah Cat,  mereka tidak mahu mengambil Cat berlakon asalkan Cat berpegang teguh untuk menutup aurat dan sebenarnya mereka yang tidak menerima penghijrahan Cat adalah mereka yang kurang faham dengan Islam.  Sedangkan Rasulullah pun banyak dugaannya dalam menyebarkan dakwah Islamiah inikan pula kita manusia biasa.  Bukan senang untuk berbuat baik Cat, bersabarlah..Mungkin Tuhan ingin menguji keikhlasan Cat...Semoga selepas ini Cat akan mendapat tawaran berlakon semula dan Semoga Allah murahkan rezeki Cat...Syabas atas penghijrahan Cat....

2 comments:

  1. kekalkan pemakaian tudung..tudung rambut bukan macam tudung periuk atau tudung saji. Tudung rambut adalah sebahagian harga diri. tahniahlah Cat

    ReplyDelete
  2. Ya..setuju....biar apa orang nak kata....

    ReplyDelete