Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 9, 2011

Follower ramai???Mungkin tidak....

Saya mula menulis blog 18 mei 2009...itupun secara sukarela dan secara ikut suka hati...waktu itu tidak pernah terfikir untuk menulis secara maintain atau bagus...Lama kelamaan, minat dengan apa yang dibuat...saya juga mengikuti apa yang orang lain tulis...template tak usah nak ceritalah bukan main banyak kali tukar dan last sekali muharram baru ni...inilah wajahnya..Tak puashati tapi cuba belajar lagi...Kalau entri yang copy paste tak usah nak ceritalah banyaknya tapi saya sertakan link atau nama pemilik idea itu di akhir penulisan.  Itulah saja cara nak meminta izin dari tuan tanah kedaung..acah aje..tuan punya idea...harap mereka restu..tetapi apa yang saya copy paste bukanlah sepenuhnya bulat-bulat, ada yang saya sampaikan dalam cara saya sendiri...Lihatlah blog saya ada seorang follower..terima kasih Tuan SingaLautMetro...saya banyak belajar daripada beliau untuk menambahbaikan blog kesayangan ini...TQ tuan.  Saya tidak pernah berkecik hati saya tidak ada follower yang ramai...tetapi yang penting ada juga orang sudi singgah di blog saya...Terima kasih...Saya menulis dengan ikhlas...tidak mengharapkan apa-apa tetapi untuk manfaat yang dikongsi bersama...hate me???ohh please...saya tidak pernah membenci blog orang lain dan saya juga mengharapkan begitu juga untuk blog saya ini...Oleh itu, biarlah kita menulis blog dengan ikhlas dan manfaat dapat dikongsi bersama.  Sebenarnya makin lama makin banyak yang kita pelajari tidak kiralah di alam siber atau dunia nyata.  Kepada yang sudi singgah terima kasih banyak....saya pun dalam proses belajar lagi...Dulu orang tulis dalam diari tetapi hari ini blog ibarat diari maya...Jadi kalau kita tidak ramai follower tak perlulah dengki atau kecil hati..Ini perkara biasa sahaja...oklah...semoga saya mendapat idea untuk menulis lagi dengan idea yang bagus....Tak boleh tulis panjang nanti makin merapu pulak...Tetapi akhir sekali saya minta janganlah kita menulis atau menghasilkan perkara porno...kesan keatas masyarakat amatlah bahaya dan kita terpaksa menanggung dosa yang tidak sepatutnya...jadilah penulis yang berhemah...selamat berblogging semua.....

8 comments:

  1. blog kita wajah kita. cermin yang sentiasa sudi memaparkan apa yang kita rasa dari luar atau dari dalam diri

    ReplyDelete
  2. betul...kadang-kadang terluah juga dalam blog...hu..hu...walaupun cuba diselindungi...

    ReplyDelete
  3. itulah...kadang-kadang orang terbaca apa yang kita sembunyikan di sebalik diam

    ReplyDelete
  4. harap ramai yang tidak perasan..hanya yang mengerti akan faham...itulah kehidupan...dan seboleh mungkin tidak meletakkannya di blog ini..

    ReplyDelete
  5. hehehehehe...bukan gelak mengejek, tapi gelak lain..kalau tak diluahkan berbuku dalam hati...luahkan aje..puas hati...hidup x boleh nak manjakan hati..

    ReplyDelete
  6. ye..betul..nanti hati sdri yang sakit...org lain senang hati..he..he..

    ReplyDelete
  7. tak cukup blog, emel saya pun boleh..hehehehe

    ReplyDelete