1970-an
Seorang lelaki terpaksa menoreh getah, menjala ikan, menanam sayur untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah....
1980-an
Lelaki itu masih menoreh getah, tetapi sudah tidak menanam sayur-sayuran kerana anaknya ada yang sudah bekerja...
1990-an
Lelaki itu sudah uzur tetapi masih menoreh getah walaupun anaknya tidak membenarkan dia berbuat demikian...aku tak boleh duduk diam...katanya...
2000
Lelaki itu masih lagi menoreh getah walaupun anak-anaknya sudah besar dan bekerja...Dah aku orang kampung, mana reti nak duduk saja...boleh sakit dibuatnya...katanya..
2010
Lelaki itu sudah tidak seaktif dulu. Hanya jarang-jarang ke kebun getah kerana anak-anak risau akan kesihatannya yang mana pernah satu hari pitam di kebun getah.....Dirimu sudah tidak berdaya..berehatlah sahaja kata anak-anaknya....sudah tidak ada apa lagi yang perlu dirisaukan...anak-anak boleh menyara....
2011
Lelaki itu memang sudah uzur tetapi masih mampu melihat sahaja pokok getahnya dari kejauhan kerana dia sudah tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kecuali rehat sahaja dan mendekatkan diri dengan Allah...Cuma aku berharap Allah panjangkan umur lelaki ini kerana masih banyak jasanya yang tidak mampu aku balas dan terlalu banyak yang ingin kulakukan untuknya. Walaupun seluas lautan emas dan setinggi gunung berlian, masih tidak mampu membalas jasa lelaki itu kerana lelaki itu adalah ayahku yang kusayangi....Makbulkanlah doaku Ya Allah...
No comments:
Post a Comment