Hari ini resepi tentang Ayam Bakar Simple. Pada hari Jumaat dan Sabtu adalah dua hari untuk anak-anak meminta lauk atau makanan kegemaran mereka. Maklumlah hanya dua hari itu waktu kami sekeluarga bersama kerana hari-hari lain sibuk dengan urusan masing-masing. Ayam Bakar Simple ini mereka minta untuk dimakan dengan nasi kerabu atau nasi putih. Saya lebih suka menggunakan dapur arang kerana rasanya memang lain dari ketuhar atau pemanggang istimewa. Tetapi agak remeh sedikit. Resepinya mudah sahaja.
Ayam-ikut suka kalu ramai banyak.
Sedikit garam
Sedikit gula jika suka
kunyit-lagi sedap jika kunyit hidup.
Jika boleh diperap dan dalam sejam baru bakar.
antik menggunakan dapur arang |
Sudah siap. |
No comments:
Post a Comment