Hari ini saya ingin berkongsi resepi orang-orang dulu iaitu kuih Cucur. Saya rasa ada sesetengah kita mungkin memanggil dengan nama yang lain. Anak saya,m Aqlan, suka sangat dengan kuih ini. Setiap minggu mesti dibuat. Selera orang dulu-dulu. Resepinya:
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung beras
1/2 mangkuk gula merah atau gula melaka
1/2 mangkuk gula biasa-kalu tak suka manis kurangkan sikit.
1/2 mangkuk air atau ikut bancuhan tidak terlalu pekat dan cair.
Kalau boleh dibancuh pada pagi dan digoreng pada petangnya. Sesuai untuk minum petang.
Saya menggunakan mangkuk ini. |
Cara:
Gunakan senduk untuk meletakkan minyak kerana 1 senduk minyak sama dengan satu acuan kuih. Goreng pada api sederhana.
Inilah senduk yang digunakan. |
ini rupanya bila mula menggoreng |
Apabila dibalikkan. Bunga tepinya lagi banyak lagi ok. |
Apabila menggunakan mangkuk diatas, lebih kurang 10-12 keping kuih dapat dihasilkan. |
Kuih apabila dipotong macam kek gula hangus |
No comments:
Post a Comment