Saya bukanlah mudah untuk mengikuti perkembangan sesorang itu tetapi bagi yang bernama Mizz Nina ini cukup membanggakan.
Mizz Nina, isteri kepada penyanyi Noh Hujan. Dulunya juga dia adalah seorang penyanyi. Namun tidak lama selepas berkahwin dan menunaikan haji, hidupnya bertukar 360 darjah.
Langsung tidak mahu menyanyi, berhjab dan terus hidup dalam low profile. Ya Allah, betapa begitu berharganya hidayah Allah berikan untuknya. Lihatlah, bagaiman kehidupannya sekarang.
Walaupun sudah tidak menyanyi, rezeki Allah tidak terputus..Sekarang menjadi pengacara di TV Al Hijrah. Rezeki itu ada jika kita meyakininya.
Buat adik Mizz Nina, teruskanlah, doakan juga kami yang masih lagi alpa ini untuk mendapat hidayah seperti itu. Dekat dengan Ya Rabb, Sang Pencipta.
Sebenarnya lintasan untuk menulis ini berlaku pada hari Jumaat lepas iaitu pada waktu muslimin menunaikan Solat Jumaat tetapi baru hari ini ditulis.
Maafkan kakak, insan yang tidak dikenali ini menulis kisah adik Mizz Nina. Tetapi kekaguman itu yang membuatkan kakak terpanggil utnuk menulis entri ini.
No comments:
Post a Comment