Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 25, 2010

Perihal kucing..

Hari ini saya ingin bercerita tentang kucing..dulu saya sudah menulis perihal yang sama dalam post yg lepas...pada 9 April 2010 saya dan suami telah memutuskan untuk membuang kucing yang bukan juga peliharaan tetapi datang entah dari mana..ada 2 ekor..seekor bernama Miki dan seekor digelar Lembik kerana keadaannya yang tiba dalam keadaan tidak sihat..selepas sekian lama diberi makan, akibat penyakit asma yang dialami oleh 2 orang anak lelaki....akhirnya 9 April lalu saya dan suami memutuskan untuk membuang di pasar sahaja yang tidak jauh dari rumah..Sebelum dibuang Aiman anak yang sulung tidak berhenti menangis kerana sayangkan kucing itu.....apabila sampai di pasar..Lembik diturunkan dahulu..selepas itu Miki...Miki tidak mahu berganjak dan Lembik terus masuk kedalam pasar..Dek kerana tangisan Aiman yang semakin kuat, Miki diambil semula dan Lembik tidak dijumpai..walaupun usaha mencari sekian lama pada malam itu....Pada selepas Subuh esok paginya, saya membuka tingkap dan melihat wajah Miki diatas kereta...kemudian kelihatan seekor kucing disebelahnya dalam keadaan santai..Ya..Lembik kembali ke rumah...Kedua-duanya terus dipelihara sehinggalah pada 18 April dulu...suami saya bertekad membuang semula keduanya di waktu Aiman dan Aika pergi mengaji....Kali ini di Tanah Merah di sebuah restoran...Keesokan harinya Aiman bertanya kemana pergi Miki dan kami menjawab tidak tahu...selepas dua hari..Aiman menangis tidak berhenti kerana Miki tidak dijumpai dan akhirnya pada Jumaat lepas 23 April, pagi kami menuju ke Tanah Merah dan bersarapan disana...Setelah puas memandang kelibat kucing akhirnya saya menjumpai seekor sedang tidur di bawah kereta...apabila dipanggil dari jauh, kucing itu terus meloncat bangun...Sah memang Miki...dia berguling-guling manja seperti pertanyaan mengapa dia ditinggalkan disitu dan badannya kurus...memang sedih dan kasihan..tanpa sedar airmata saya mengalir..apabila dibawa kepada Aiman..terus dia berhenti makan dan airmata laju mengalir di  pipinya...Saya bertekad untuk membawa Miki berjumpa doktor haiwan dan mendapatkan rawatan...saya berjanji tidak akan membuangnya lagi kerana saya juga sayang kepada dia tetapi terpaksa mengalah kerana kesihatan anak lebih penting...tetapi apabila peristiwa ini terjadi...saya tidak akan membuangnya lagi..Lembik tidak dijumpai...semoga ia selamat dan selamat melahirkan anaknya yang pertama...jika ada rezeki..Lembik akan kembali lagi...itulah kisah kucing yang hadir dalam hidup kami sekeluarga..sekarang Miki diberi ubat dan mendapat suntikan...semoga sakitnya akan sembuh....

No comments:

Post a Comment