Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Nampaknya entri kali ini macam sambungan entri kelmarin. Yelah, sekarang pasukan kebangsaan sedang giat berlatih untuk Perlawanan Piala AFF pula..samalah jugak mampukah kita kekalkannya? Dalam rancangan Formasi Astro Arena 801 juga ada tetamu yang meletakkan pemain bayangan..macam kabinet bayangan....pemain pun ada pemain bayangan...kedua-dua panel meletakkan Mohd Badri Radzi (Piya) sebagai pemain. Tetapi dalam senarai pemain, K Rajagopal rasanya tidak menyenaraikan nama Piya dalam pasukan itu.
Adakah kerana politik juga sukan bolasepak terpaksa mengenepikan ramai pemain yang berwibawa dari Kelantan untuk menyarung jersi kebangsaan? Maaflah bukan niat untuk menimbulkan isu tetapi realiti dan janganlah saya dihukum pula kerana ini adalah pandangan peribadi untuk membina bukan untuk menghancurkan. Pandangan saya sebagai salah seorang dari 28 juta rakyat Malaysia. Adakah kerana politik juga pemain terpaksa menerima tempiasnya kerana mereka bermain untuk NEGARA MALAYSIA dan bukannya NEGARA KELANTAN.
Bagi saya ramai lagi pemain yang layak yang tidak disenaraikan atau disenaraikan tetapi telah digugurkan. Mungkin ramai dari Kelantan. Dalam hal ini, ketepikan politik dan berfikirlah secara terbuka untuk negara bukan semata-mata untuk diri sendiri.
Gandingan Shakir Shaari dan Piya serta beberapa lagi pemain lain mampu untuk bermain hingga peringkat akhir seterusnya menjulang Piala AFF sekali lagi. Maaflah saya terpaksa menulis entri sebegini tetapi tidak mahu ianya memberi impak kepada fokus mempertahankan piala itu sekali lagi. Ini adalah pandangan saya. Betul saya adalah perempuan tetapi seandainya idea membina kenapa mesti saya diamkan.
Semoga sukan bolasepak terus bersinar dan mampu menghadapi pelbagai rintangan yang mendatang. Maaf sekali lagi...ada masanya kita perlu berfikir untuk sebuah negara bukannya untuk diri sendiri..Maaf...
No comments:
Post a Comment