Hari ini saya akan menulis mengenai perkataan yang menjadi tajuk pilihan saya. Memandangkan 2013 akan berakhir tidak lama lagi, saya akan membuat sedikit rumusan mengenai perkara menarik 2013. Macam Cantik jer..Macam Comel jer telah menjadi satu fenomena di Malaysia apabila seorang gadis-Shasha telah memuatnaik video mengenai kanta lekap yang dia pakai...Walaupun pada mulanya ramai yang mengutuk dan ramai yang mengajuknya atau membuat parodi di Youtube, perkataan dari mulut Shasha ini telah menjadi sebutan ramai dan semacam satu perkataan yang popular tika dan saat ini.
Seakan satu fenomena, ramai pula yang telah membuat lagu berdasarkan perkataan ini. Setakat hari ini saya telah mendengar 3 buah lagu yang menggunakan perkataan ini. Sesuatu yang biasa akhirnya menjadi luar biasa. Kadang-kadang kita tidak sangka ia akan menjadi begitu popular... Paling yang tidak akan percaya adalah Shasha sendiri...Memang pada mulanya mungkin dia agak malu tetapi lama-kelaman melihat kepada keadaan sekarang, Shasha boleh berbangga.
Untuk popular di zaman ini tidak memerlukan kepada yang sofistikated tetapi hanya dengan perkataan sahaja dan Shasha telah membuktikannya. Begitu juga dengan Comel tak Kak Ton? Ianya juga popular pada tahun ini. Tetapi Shasha telah mengambil alih perhatian untuk pertengahan tahun ini.
Lepas ini mungkin akan ada perkataan lain pula yang akan menjadi ikutan. Satu dunia boleh melihat tetapi biarlah beretika dan bermoral...Macam Bagus jer entri ni..macam ok jer entri ni...Ok tak Kak Dah?
ha'ah betul tu...dah selalu sangat dengar orang guna perkataan tu guna intonasi macam shasha tu..
ReplyDeleteIda, Shasha boleh berbangga juga dgn hasilnya yg mjadi ikutan ramai...
ReplyDelete