Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

August 21, 2011

Nostalgia Raya membuat kuih Bahulu bersama emak...

Gambar ehsan Google

InsyaAllah, 8 hari lagi kita akan menyambut Syawal dengan berlabuhnya tirai Ramadhan untuk tahun ini...adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan pada 1433Hijrah?  Hanya Allah yang Mengetahui.  Sekarang orang ramai sedang rancak membuat persiapan untuk Syawal.  Dalam kita bersiap sedia, janganlah berlebih-lebihan, biarlah sederhana.  Pada tahun ini terasa sayu Ramadhan akan berlabuh..sebenarnya ketenangan dan kedamaian berada di bulan Ramadhan ini..terasa susah untuk melepaskannya. 
Gambar Ehsan Google
Bercerita tentang persiapan pastinya kuih muih yang akan disediakan.  Sebenarnya, memang seronok mengimbau nostalgia zaman remaja.  Dalam waktu ini sudah pasti salah satu kuih yang tidak ketinggalan ialah kuih Bahulu. 
Pada saya kuih Bahulu emaklah yang paling saya minati...Pagi lagi sudah bersiap untuk membakar dan membancuh adunan...bab membancuh yang paling malas..asyik kena godeh sahaja dalam pasu atau baldi tu adunan telur dan gula, jika tidak gula tidak cair dan tidak sebati dengan telur...Bab tepung jemur dari awal Ramadhan lagi untuk kuih yang cantik.  Orang sekarang ada yang memasak atas kuali tepung itu untuk hasil yang sama..leceh nak jemur dengan waktu dan mungkin tempat yang terhad. 
Bab membakar pula di dapur kayu dan diatas adunan ditutup pula dengan kulit nyiur.  Dulu tak susah nak mencari memang kumpul lama sebab kat rumah dah ada pokok kelapa.  Minyak dicolek ke acuan dengan daun pandan, letak dan bakar, dalam 10 minit  masak, angkat dan bakar semula.  Bermula dari pagi hingga Asar ataupun kalau sikit menjelang Zohor dah habis. 
Tetapi dah lama tidak membakar kuih bahulu.  Tau tau dah siap bila balik ke kampung.  Memang rindu dengan suasana itu.  InsyaAllah, tahun depan akan beli acuan dan bakar di rumah dan bawa balik ke kampung.  Nak ajar anak pula cara dan resepinya agar tidak dilupakan.  Sayu jugak bila mengimbau kenangan membuat kuih raya dengan emak.  Emak pun uzur dah tak sihat.  Semoga masih ada masa......tak sabar pulak bila bercerita macam ni untuk balik kampung...

No comments:

Post a Comment