Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

August 11, 2011

Ramadhan yang bermakna....

Sudah 11 hari Ramadhan hadir dan tinggal lebih kurang 18 hari lagi Ramadhan akan bersama kita.  Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.  Memang benarlah seperti yang tercatat dalam surah Al-Asr:

Surah Al-'Asr

Bismillah

A001
Demi Masa! (Al-'Asr 103:1) |
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (Al-'Asr 103:2) |

A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr 103:3) | kredit to surah.my/103


Bagaimana sambutan kita untuk Ramadhan kali ini?  Semoga ianya memberikan sinar dan hidayah untuk kita memperbaiki keimanan kita.  Jika dahulu kita kurang atau tidak pernah melakukan Solat Tarawih-solat yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadhan sahaja, semoga untuk tahun ini kita beransur-ansur mengerjakannya walaupun tidak penuh sebulan Ramadhan.  Tidak kira kita solat tarawih di rumah atau surau atau masjid.  Apa yang pasti kita cuba melakukannya dengan penuh ikhlas dan syukur kerana bertemu Ramadhan untuk tahun ini.
Bagaimana pula dengan juadah berbuka dan bersahur?  Jika dulu kita membeli mengikut nafsu, mungkin Ramadhan kali ini kita akan lebih berjimat dan membeli untuk keperluan bukannya mengikut nafsu.  Jika kita memasak pastikan ianya tidak membazir dan jika kita membeli juga pastikan ianya selamat dan tidak membazir. 
kredit to ayahanda Google...izinkan saya share gambar...
Alangkah mewahnya kita dengan makanan cuma bergantung kepada ada duit atau tidak sahaja untuk membelinya.  Berlainan dengan keadaan di Somalia yang mengalami krisis makanan yang menyayat hati. Apa yang penting kita bersyukur dengan setiap nikmat dan rezeki yang Allah kurniai untuk kita.  
Kredit to Ayahanda Google...izinkan gambar dishare...

Apa yang saya tulis ini adalah untuk diri saya dan ingatan untuk diri saya.  Selamat melakukan ibadah sempena Ramadhan ini.  Apa yang penting kita ikhlas dan berterusan dalam melakukannya...bukan kerana orang lain tetapi untuk diri kita sendiri....Hanya Allah yang Mengetahui....
kredit to kekanda Google untuk imej..


No comments:

Post a Comment