Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan Separuh Akhir kedua Kelantan vs ATM di Kota Bharu. Perlawanan yang penuh dramatik dan seperti hilang separuh perasaan kerana 2 gol pendahuluan ATM. Rasa hampa mula menyelubungi selepas masa kedua aksi yang menyaksikan Kelantan buntu untuk menjaringkan gol walaupun ada percubaan yang sepatutnya menghasilkan gol. Tetapi rezeki masih berpihak kepada Kelantan pada minit ke 82 dan 85 yang membawa Kelantan ke final Piala Malaysia 2013. Fakri dan Piya, dua orang penyumbang gol. Ada penonton yang membawa sepanduk "King Gopal acu tengok Piya beraksi". Ada maksud tersirat tuh..he..he...ATM juga bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh cuma rezeki berpihak kepada Kelantan.
saya pun tak tahulah apa muslihat diorang taknak amik piya beraksi sebagai pemain kebangsaan...
ReplyDeleteBetul tu Ummi, memang dia tak nampak Piya bermain macamana...
ReplyDelete