Nampaknya cuaca sekarang sudah menghampiri musim tengkujuh. Banyak kawasan yang mengalami hujan dana adakalnya tidak berhenti seharian.
Sudah lama tidak update entri dalam blog ini. Sibuk juga dengan jualan tudung dan selendang. Syukur atas limpah rahmatNya.
Pagi tadi sempat juga menjenguk sekejap pokok tanaman yang sudah lama terbiar. Sudah lama tidak membaja dan merumput. Nasib baik masih hidup. Kesian pulak tengok pada pokok-pokok..nasiblah dapat tuan macam ini.
Pokok Betik sedang berbuah walaupun baru separas bahu saya...Ini buah kali pertama. Ada 5 biji semuanya.
Dalam sedar tak sedar, pokok Bakawali yang hidup segan, mati tak mahu rupanya mengeluarkan bunga. Itupun tak sedar bila dia berbunga cuma waktu mahu menjirus tadi tengok bunga sudah layu. Bermakna kembang pada malam tadi.
Bila dijenguk ke bahagian belakang pula Bunga Dahlia berbunga. Tetapi bunganya kecil sahaja. Mungkin benih yang saya beli benih yang kecil sahaja.
Pokok Anggur pula sudah ada daun yang layu. Masih dalam bekas pasu kecil. Ambil di kampung masa abang saya memangkas dahan-dahan. Anggur abang saya sudah mengeluarkan buah walaupun 2, 3 biji. Pokok Anggur ini kena letak tengah panas.
Nampaknya saya kena luangkan masa untuk pokok-pokok tanaman ini. Kesian pada pokok...hu..hu...
No comments:
Post a Comment