Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

May 5, 2011

Masih segar di ingatan...memori bersama emak...


         Sebenarnya hari ibu adalah sepanjang masa.  Bila masuk bulan Mei, mula membuat persiapan untuk Hari Ibu...Tetapi perkara positif ini memang digalakkan.  Apabila mengenang kisah lama, rasa macam baru kelmarin berlalu.  Apabila berjauhan dengan ibu bapa ini memang terasa sangat kesunyian biarpun dalam kesibukan bekerja tak kiralah bekerja sendiri atau bekerja makan gaji yang penting halal.  Dulu memang duduk dibawah ketiak emak sepanjang masa.  Umur 6 tahun baru dapat adik...mana tak manja sakan.  Dahlah tu, dalam 10 orang adik beradik, dua orang perempuan je..kakak yang jaraknya 17 tahun dari saya .  dapat adik pun lelaki.  Memang diakui perangai tiada keperempuanan langsung.  Memanjat, mandi sungai, main tembak menembak..Malu jugak bila teringat..he..he.....Dengan emaklah mengekor kesana kemari jika tiada aktiviti kejantanan (bermain dengan abang dan kawan-kawannya) 
Brutal jugak aku ni....
         Alam persekolahan dilalui dan memang nasib saya tidak lama duduk dirumah.  Masuk tingkatan empat sudah duduk asrama dan begitulah sehingga berkahwin dan menetap pula di Kelantan.  Tetapi pesanan emak sentiasa ada dalam ingatan, begitu juga kenangan.  Biarpun jarang dapat bersama, tetap akan pulang apabila cuti persekolahan anak-anak.  Dulu anak-anak tidak bersekolah bebas balik ikut suka hati..tetapi sekarang hanya cuti sekolah boleh balik. 
        Saya akui saya bukanlah anak yang terbaik untuk emak saya.  Banyak jugak dalam sedar tak sedar melukakan hatinya dari kecik sampailah sekarang.   Walau apapun keampunan dan kemaafan tetap saya pinta dari emak agar perjalanan hidup ini direstui dan diberkati.  Memang jika Allah berikan saya seluruh isi dunia ini masih tidak mampu membalas jasa emak dan abah. Apabila kita mempunyai anak, kita akan teringat pengorbanan emak kita dan kita lebih menghargainya.   Kenangan mandi sungai, pungut pucuk paku, mengambil rebung masih segar lagi.  Paling tidak boleh lupa apabila saya demam campak sewaktu berusia 15 tahun dan jatuh ke tanah....memang semua adik-beradik akan tergelakkan saya dengan kisah itu.  memang nakal...Betullah bak kata pepatah:
kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada, kasihnya ayah sepanjang masa....
      Memang emak, abah dan keluarga saya adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya untuk saya.  Biarpun kita melakukan kesalahan apa pun, mereka sentiasa ada dibelakang kita...Kepada yang masih ada ibu bapa dan adik beradik, hargailah mereka...

Kasihnya Ibu-lirik & audio

 
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
 
 

No comments:

Post a Comment