June 1, 2011
Asmara 2 episod terakhir yang sebak....
So, malam tadi semua dah tahu apa yang terjadi kepada Asmara, Adam, Zalia dan Melati....Bukanlah saya menonton setiap episod, ada yang tertinggal dan paling penting episod pertama dan last saya mesti tengok....Sebaklah jugak cerita akhir ni. Babak di KL Sentral paling sebak dengan kata-kata fullamak..dahsyat jugak skripnya...."kenapa ini semua terjadi kepada kita? "Kita hanya boleh berjumpa tetapi tidak bersama", "kerana awak bukan untuk saya dan saya bukan untuk awak", "saya tetap akan tunggu awak", "bukankah awak ada kehidupan awak sendiri dan saya terpaksa pergi" itulah antara yang saya ingat....Mereka menerima takdir...dan Zalia melangkah pergi demi kehidupan Asmara, Adam dan Melati. Agak-agak ada tak Asmara 3? Kita tengok ajelah akan datang....Rasanya berapa ramai antara kita yang boleh menerima keadaan ini? Semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada kita untuk menerima keadaan bahawa kelmarin adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah impian. Melangkah pergi adalah yang terbaik untuk tidak menghancurkan rumahtangga orang lain...ada juga pengajaran disebalik drama ini...Lebih baik kita kecewa dari kita mengecewakan hati insan lain. Sebak..sebak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment