Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 11, 2013

TV9 banyak program Ilmu.

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari ini saya mahu menulis mengenai Program Ilmu yang disiarkan di TV.  Saya akui jika mereka yang melanggan Astro juga boleh menonton TV AlHijrah, Astro Oasis.  Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai saluran Astro, TV9 mempunyai banyak program agama yang menarik.  Bermula dengan Tanyalah Ustaz setiap hari yang disiarkan pada pukul 7.00-8.00 pagi.  Pada hari Khamis pula ada Semanis Kurma yang disiarkan pada pukul 9.30 malam.  Pada Hari Jumaat ada Tanyalah Ustazah yang disiarkan pada pukul 11.30 tengahari dan pada malamnya pukul 9.30 malam ada pula Halaqah. 
Bagi saya jika kita tidak mampu untuk menghadiri majlis ilmu yang berada di luar rumah, TV9 menyediakan kita Majlis Ilmu terus dari rumah.  Bukanlah pula bermaksud tidak perlu menghadiri majlis di luar.  Jika mempunyai keluangan silalah pergi kerana ini akan menambahkan bilangan sahabat iaitu menambahkan silaturrahim antara kita. 
Saya sangat suka menonton program-program ini di TV9 kerana ianya amat sesuai dengan saya dan programnya tidaklah berat dan mudah difahami.  Jika tidak berkesempatan menonton pada hari tersebut ada ulangannya atau boleh menonton di Tonton.com.my.
Sekurang-kurangnya ada doa-doa yang boleh diamalkan untuk kehidupan harian.  Bagi saya tidak salah menggunakan teknologi seperti internet dan media massa untuk ilmu yang berguna.  Pilihan di tangan kita, kitalah menentukan hala tuju kehidupan kita.  Tidak rugi menonton program-program tersebut.  Syabas TV9.  Terima kasih kerana menayangkan program yang bermanfaat ini.

No comments:

Post a Comment