Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sekarang seluruh negara sedang tertumpu di Lahad Datu, Sabah akibat pencerobohon waris Sultan Sulu yang telah menumpahkan darah samada kepada pasukan keselamatan negara dan juga penceroboh. Kepada keluarga pejuang negara yang terkorban, Takziah diucapkan dan AlFatihah untuk mereka yang terkorban.
Saya tidak akan menulis kisah itu kerana sudah ramai yang menulis, malah secara kronologi sebelum merdeka juga ada disiarkan. Cuma saya mengharapkan penyelesaian dalam tempoh terdekat dan selamatkan semua yang berada disana. Cuma sedikit kejanggalan kerana mudahnya perairan negara diceroboh. Buat masa ini tidak usahlah kepentingan politik yang digembar-gemburkan. Bersamalah kita berdoa agar Lahad Datu akan aman kembali. Kadang-kadang muak apabila situasi begini masih ada bau bau politik yang digemburkan. Bersatu semua agar bumi Malaysia ini tetap aman dan sejahtera. Walau apapun pegangan politik kita janganlah maruah negara digadaikan. Negara ini adalah tanggungjawab kita untuk dipertahankan. Ya Allah, selamatkan bumi Malaysia dari segala ancaman musuh.
No comments:
Post a Comment