Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mengharapkan tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin untuk semua. Oleh kerana terlalu sibuk saya tidak berkesempatan untuk menjengah blog ini sebelum ini.
Pada 5 Ramadhan 1434H bermulalah lembaran baru buat saya dalam dunia bisnes. Saya telah memulakan bisnes tudung dan selendang dan Alhamdullillah sambutannya begitu menggalakkan. Semoga bisnes ini diberkati dan berjaya. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, jiwa saya jiwa bekerja sendiri atau bisnes. Saya akan berusaha untuk meneruskan bisnes walaupun telah bertukar daripada komputer kepada tudung. In Shaa Allah saya akan membuat bisnes online yang masih dalam proses permulaan. Apabila saya membuat bisnes tudung bukan untuk bersaing (kalu kelate saing itu kawan) tetapi untuk memeriahkan lagi bisnes ini. Rezeki masing-masing, dan tidak perlu hasad dengki. Doakan saya berjaya kerana pilihan saya untuk bekerja sendiri itu teramat besar pengorbanannya.
|
Menggayakan salah satu tudung yang dijual. Terpaksa menjadi model sendiri. |
|
pemandangan dari luar kedai. |
|
Pemandangan dari luar kedai |
|
Tudung yang terdapat dalam kedai. |
|
Juga terdapat Selendang dan Shawl pada harga berpatutan. |
No comments:
Post a Comment