Mahu tidak mahu saya menulis juga tentang perkara ini. Jika kita perhatikan di depan, belakang, kiri, kanan kita siapakah yang berada dalam kelompok kita? Sudah pasti Pendatang Asing samada dengan izin atau tiada izin. Cuba kita lihat di sekitar kita, bahasa apakah yang terpacul dari mulut apabila kita berurusan terutama ketika membeli belah di gerai atau dimana sahaja. Sudah pasti bukan Bahasa Melayu seperti kita walaupun ada yang mencuba untuk berbahasa "key ell", untuk dilihat seperti orang Malaysia. Sayangnya dari segi penampilan atau muka dapat dibezakan sedikit sebanyak mereka warganegara atau tidak.
Ingin dituding jari kepada siapa? Siapakah yang sanggup bekerja di ladang-ladang di tengah panas terik mentari? Siapakah yang mahu menjadi pengasuh kepada bayi di rumah apabila si ibu keluar bekerja akibat kos hidup yang meningkat? Siapakah yang mahu bekerja sebagai pencuci tandas? Siapakah yang sanggup bekerja memotong rumput di Majlis Bandaran atau Bandaraya? Siapakah yang mahu menjadi pelayan gerai makan?
Sebenarnya ada juga kesilapan kita sebagai warganegara Malaysia. Kita terlalu suka berada di Zon Selesa dan tidak mahu bekerja untuk pekerjaan yang dianggap tidak ada kelas, tidak mahu bekerja sebagai buruh kasar, pembantu rumah, (sebilangan bukan semua). Lalu pendatang asing datang untuk mengambil tempat kita. Mula-mula bekerja sebagai kuli atau pembantu, lama kelamaan sebagai orang kepercayaan tuan dan ada juga yang menjadi tuan pula kepada warganegara Malaysia. Mula-mula sebagai pembantu rumah, apabila memasak, mengemas dan melayan tuan lama kelamaan menjadi surirumah dan isteri tuan terpaksa berpisah dengan tuan (bukan sedikit).
Lihat sahaja penyakit yang dulunya telah tiada di negara kita, tetapi sekarang muncul kembali walaupun syarat pekerja asing perlu diperiksa oleh FOMEMA. TB, Malaria dan lain-lain sudah banyak yang menjangkiti orang Malaysia.
Dimanakah silapnya? Kita tidak harus menuding jari kepada Pendatang Asing sahaja kerana kita, Warganegara Malaysia yang mengundang mereka masuk ke Malaysia. Sikap kita yang terlalu selesa dan memandang rendah sesuatu pekerjaan.
Diharapkan semoga kita sebagai rakyat Malaysia mampu merubah suasana seperti ini dan tidak terlalu bergantung kepada Pendatang Asing untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Minda kita harus diubah. Kadangkala apabila saya berada di Kuala Lumpur seperti Hari Kemerdekaan 31 Ogos lepas, rasa seperti saya berada bukan di Malaysia dengan kiri kanan pendatang asing, bukannya pelancong turut sama menyaksikan perbarisan...Ohh Malaysiaku.....Inilah Malaysia sekarang.
No comments:
Post a Comment