Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

September 7, 2013

Selamat Menduduki UPSR untuk semua terutama Aiman.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, sudah lama saya tidak update entri blog ini.  Mana tidaknya saya rasa agak kecewa kerana blog saya hampir-hampir menjadi mangsa dan sehingga sekarang saya rasa blog saya masih tidak pulih sepenuhnya. Kenapalah agaknya blog saya yang menjadi pilihan hati mereka?  Bersabarlah saja.
Pada 10 September hingga 12 September ini akan berlangsung peperiksaan UPSR bagi tahun 2013.  Agak gementar sedikit kerana anak sulung saya Aiman akan bersama-sama calon lain di seluruh negara akan menduduki peperiksaan ini.  Saya tengok anak saya cool saja, saya pula yang merasa sebaliknya.  Macam saya pula yang akan menduduki peperiksaan tersebut.  
Saya dan suami tidak pernah memberikan tekanan kepada Aiman untuk belajar secara paksa.  Tetapi kerja sekolah dan aktiviti yang disediakan oleh guru perlu disiapkan.  Belajarlah ikut kemampuan kerana bagi saya dan suami tidak guna memaksa anak belajar diluar kemampuannya.  Biarlah dia belajar dalam suasana "enjoy"  tetapi bermanfaat.  
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak berjaya?  Semua mahu anak-anak berjaya dengan cemerlang tetapi semangat mereka juga harus dijaga.  Cuma doa mengiringi Aiman dan semoga dipermudahkan segalanya.  Begitu juga untuk calon-calon yang lain.  Apa pun keputusan peperiksaan nanti umi dan abah terima dengan hati terbuka.  Semoga menjadi pengajaran untuk peperiksaan seterusnya.  Umi, abah, kakak dan adik sayang abe.  "Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah untuk anakku menduduki peperiksaan ini dan semoga diberikan hati yang terang, ingatan yang kuat, dada yang lapang, fikiran yang tajam.  Luluskanlah dia dalam peperiksaan ini. Amiin Ya Rabbil Alamin."

No comments:

Post a Comment