Assalammualaikum...
Pagi hari saya mendapat panggilan daripada abang mengatakan abah saya sakit dan sewaktu saya menulis ini sedang dibawa ke Hospital Selayang. Mulalah fikiran saya tidak menentu. Anak-anak tengah exam hingga esok, macamana saya akan pergi ke sana? Mungkin hari khamis saya akan bertolak kesana. Abah sudah tua mencecah hampir 90-an mungkin. Emak saya memang uzur. Dia telah 2 kali menjalani pembedahan kerana kanser mulut. Tahun 1990 dan tahun 2000.
Semoga abah akan sembuh, dia mengalami buang air kecil yang tidak lawas, lancar tambahan dia kurang minum air. Bagi saya sesuatu yang pelik kerana dia seorang yang degil untuk pergi ke klinik atau hospital tetapi untuk kali ini dia yang meminta dihantar ke hospital, mungkin dia sudah tidak berdaya lagi menanggung kesakitan.
Semoga abah cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Banyak lagi yang masih tidak dapat saya lakukan sebagai anak untuk ayah, hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dihati saya ini, cita-cita saya, hanya Allah yang tahu. Saya sedar walaupun seluruh isi dunia ini saya hadiahkan untuk mereka masih tidak dapat membalas pengorbanan dan jasa mereka kepada anak-anak. Semoga Allah makbulkan doa ini.
Kepada yang masih mempunyai orang tua yang berkesempatan untuk melihat dengan mudah dan kerap, berbuatlah begitu kerana saya tidak mendapat suasana seperti itu. Walaupun setahun ada 3 atau 4 kali balik ke kampung tetapi tidak memadai. Hargailah mereka semasa masih ada.
No comments:
Post a Comment