Assalammualaikum...
Hari ini saya nak berkongsi petua untuk kita sebagai isteri dan bakal isteri untuk kecantikan dalaman dan luaran tanpa perlu kepada pembedahan plastik, botox atau lain-lain kerana kita sendiri mengetahui bahawa ayat Al-Quran itu mempunyai banyak rahsia jika kita bongkar ...Saya terbaca dari web pekanrabu..Thanx a lots atas info ini dan izinkan saya share disini untuk kebaikan semua...
1. Selepas solat Isyak
2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali
3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
4. Tiup dalam air dan minum.
5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita.
Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
1. Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
2.Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
3.Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
4. Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
5. Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
6. Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
7. Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
8. Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah
Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya...Insyaallah.....
No comments:
Post a Comment