Assalammualaikum...
Lama sudah tidak menjenguk blog ini..Saya melawat abah yang dimasukkan ke wad di Hospital Selayang. Abah sepanjang hayatnya tidak pernah mahu masuk atau dimasukkan ke hospital tetapi pada selasa lepas dia dimasukkan ke wad. Pertama kali melihat abah terlantar di wad. Pada hari sabtu, saya terpaksa bertolak semula ke Kelantan kerana banyak pula urusan yang perlu diselesaikan. Sebelum bertolak balik sempat menolong menukar pampers abah. Pada waktu itu sudah sayu hati kerana melihat abah yang dulunya gagah menjadi seperti bayi. Dalam hati ini berdoa agar abah dipanjangkan umur dan sembuh dari penyakit kerana banyak lagi yang perlu saya lakukan untuknya. Berilah peluang Ya Allah untuk saya berbakti kepada abah dan emak serta bermesra lebih lama lagi.. Sepanjang hidup saya, saya berdepan dengan kehilangan orang terdekat hanya pada tahun 2007. Bermula dengan Arwah Mak Long, Ibu mertua saya dan diikuti dengan Tok (emak kepada emak saya). Memang saya ketahui setiap yang hidup pasti akan mati tetapi doa saya Allah panjangkan umur emak dan abah saya. Saya sanggup lakukan apa saja untuk mereka yang pastinya banyak lagi yang ada dalam hati ini yang tidak terlaksana. Abah dimasukkan darah kerana tekanan darah rendah dan darah yang kurang yang menyebabkan dia pening. Memang abah tidak lalu makan. Semoga abah cepat sembuh dan saya amat sangat menyayangi abah. Teringat keletah saya waktu kecil dan remaja dengan abah...Sedih dan pilu mengenang saat-saat yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu, hargailah ayah dan ibu kita setiap masa. Mereka sangat berharga dan tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain...
simpati..moga maz tabah. Jagalah abah sebaik-baik. Memang sedih lelaki yang dulu gagah kini tidak mampu mengurus dirinya lagi..sabar....sabar. Moga diberikanNya kekuatan
ReplyDeleteTerima kasih....tetapi dilema kita yang duduk jauh dari abah dan emak kerana mengikut suami...
ReplyDelete