Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Macamana dengan keadaan puasa pada hari ini? Macam-macam ada...Ya, hari ini sudah 2 Ramadhan 1433H...dah dua hari berpuasa...Semoga Ramadhan ini lebih bermanfaat buat kita semua. Secara terus terang saya amat merindui kampung halaman. Rindu pada emak, abah dan famili...Ya, ini masih dalam Malaysia, kalu kat luar negara tak tahulah macamana. Semoga raya nanti saya dapat berada lama sikit dikampung untuk melepas rindu.
Sebenarnya saya mahu menulis tentang perlawanan persahabatan QPR dan Kelantan pada 20 Julai 2012 dulu. Entahlah, saya rasa macam budak kampung yang bermain. Kelantan tidak bermain dengan tahap sebenar mereka. Ingatkan hanya dibolosi 2 atau 3 sahaja rupanya sama macam Sabah 5-0...Semoga mereka mengambil pengajaran dan jadikan pengalaman berguna. Tak boleh lebih-lebih nanti kurang pahala puasa...
Oklah, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka...Bersama kita jangan membazir di bulan puasa.
p/s-Bukak blog tengok Alexa...mak datuk banyaknya nombor...hu..hu..hu...nak buat camno lama sgt tak update blog...
No comments:
Post a Comment