Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

July 19, 2012

Salam Ramadhan 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya hari ini tarikh melihat anak bulan Ramdhan 1433H/2012...Ya, Ramadhan akan menjelang tiba...Semoga ibadah kita dapat ditingkatkan dan pengisian Ramadhan yang lebih bermakna untuk kali ini...Bulan seribu rahmat.  Sebenarnya saya berhasrat utk menyambut Satu Ramadhan di kampung tetapi dalam dua lagi jadi atau tidak...Sebenarnya suasana berpuasa di kampung amat dirindui.  Tetapi apabila sudah ada tanggungjawab sendiri terpaksalah berkorban.  Terimbau kenangan zaman kecil dan remaja, indah walaupun tidak semewah orang lain.  Semoga juga Allah memberikan keupayaan dan kesihatan kepada kedua ibu bapa saya untuk menyempurnakan ibadah puasa kali ini...Mereka semakin uzur.  Panjangkanlah umur mereka Ya Allah kerana hambaMu ini masih lagi mahu menatap wajah mereka.  Kepada mereka yang tinggal berdekatan dan ada ruang untuk selalu bersama ibu bapa, berbuatlah begitu kerana jika berjauhan begini teramatlah sukar untuk selalu bersama.  Berbukalah selalu dengan mereka.  Cuba lihat wajah mereka dengan mata hati, kita akan terasa banyak yang kita kurang korbankan untuk mereka berbanding pengorbanan mereka untuk kita.  Keriangan mereka adalah satu kepuasan hati yang tidak dapat untuk digambarkan.  Semoga Ramadhan kali ini lebih bermanfaat buat kita semua...Selamat Berpuasa semua...

No comments:

Post a Comment