Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang semua tahu, kita bakal menyambut 15 Syaaban iaitu hari yang akan diangkat buku amalan kita dan digantikan dengan yang baru untuk tempoh setahun akan datang. Pada 5 Julai 2012 kita akan menyambut Nisfu Syaaban. Saya memohon ribuan kemaafan kepada semua agar amalan kita dapat diangkat dengan baik dan sempurna. Biarlah hati dibersihkan agar ibadat kita lebih khusyuk lagi. Saya adalah manusia yang tidak lepas dari salah dan silap. Bermakna hanya lebih kurang dua minggu juga kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Begitu cepat masa berlalu.....
No comments:
Post a Comment